Tak mungkin video yang dipaparkan dibawah ni boleh dianggap sebagai satu penghinaan yang dibuat oleh Si Mat Syabun terhadap Si Hadi Awang tu. Takkan Timbalan Presiden nak kutuk Presiden sendiri?
Sudah pasti spekulasi yang dibuat oleh mereka yang menyaksikan video dibawah ni terdiri dari kalangan orang UMNO yang nak melaga - lagakan dua pemimpin tertinggi PAS ni sesama sendiri.
Tapi, yang herannya, kenapa pulak cerita dan pendedahan mengenai kewujudan video ni dibuat oleh blog penyokong PAS sendiri? Kenapa bukan blog Pro UMNO yang mendedahkannya?
Tambahan pulak, ayat menyindir Si Hadi Awang tu dibuat oleh blog Pro Pakatan Haramjadah tu jugak. Bukannya blog UMNO yang menyiarkan ayat - ayat seperti itu secara terbuka.
Jadi, agak - agak korang, kepada siapa kenyataan yang dibuat oleh Si Mat Syabun tu ditujukan? Siapa pihak yang didakwa nak memberikan 'Tongkat' kepada UMNO tu sebenarnya? Korang baca, dengar dan fikir la sendiri!!! Jangan korang meroyan sudah la!!!
Tanpa menamakan pihak yang mahu menongkat Umno itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, ketika Umno terhoyong hayang mahu rebah sekarang, ada pihak yang cuba menahannya daripada jatuh.
"Ciss... siapa yang nak beri tongkat baru kepada Umno?" tanya Mat Sabu dalam satu ceramahnya malam tadi di Kota Baru.
Menurut Mat Sabu, semasa satu Muktamar Pemuda PAS di Rusila, Marang, mursyidul am PAS ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekuatan Umno dan BN ialah kerana adanya tongkat iaitu daripada MCA dan MIC.
"Kalau kita berjaya patahkan tongkat itu, rebahlah Umno," kata Allahyarham Nik Aziz sebagaimana diceritakan Mat Sabu.
"Sekarang orang Cina dan India tidak mahu lagi undi Umno dan BN, ertinya tongkat Umno sudah patah dan Umno pasti akan rebah.
"Sekarang, dua tongkat Umno itu sudah patah, ertinya Umno sedang terhoyong hayang, tiba-tiba ada orang yang mahu tahan Umno supaya jangan tumbang," kata Mat Sabu dalam ucapannya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.