Sabtu, Jun 20, 2015

Wah!!! Nampak gayanya makin tergugat kedudukan Si Rafizi tu sekarang ni. Dah la sebelum ni dia dah digambarkan sebagai seorang PENIPU berhubung isu kemelut kepimpinan Pakatan Haramjadah tu di Selangor.


Sekarang, kedudukan dia sebagai Ahli Parlimen Pondan (Pandan) tu juga berada dalam keadaan yang tidak menentu apabila kes yang melibatkan Si Rafizi tu GAGAL diketepikan oleh wakilnya.

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menolak permohonan Si Rafizi tu yang mencabar keperlembagaaan Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) ke Mahkamah Tinggi berhubung ke NFCorp.

Hakim Zamri Bakar berkata ketiga-tiga persoalan yang dibangkitkan tidak melanggari Perlembagaan Persekutuan dan kes tersebut tetap akan didengar di peringkat Mahkamah Sesyen.
"Ketiga-tiga isu ini dibangkit oleh pemohon (tertuduh) bukan oleh mahkamah atau pihak pendakwaan," katanya ketika menyampaikan keputusan hari ini.
Rafizi bersama-sama kerani bank, Johari Mohamad yang turut dituduh bersubahat dengannya, memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Antara persoalan perlembagaan yang ingin dirujuk oleh Rafizi dan Johari di Mahkamah Tinggi adalah sama ada dakwaan terhadap mereka boleh diteruskan walaupun Bafia sudah dimansuhkan.

Mereka juga turut memohon untuk semakan sama ada dakwaan di bawah Bafia itu tidak berperlembagaan memandangkan unsur niat tidak dinyatakan sebagai elemen bagi kesalahan di bawah akta itu.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik NFC, yang didakwa telah dilakukan di Ibupejabat PKR, Tropicana.

Selain akaun NFCorp, Rafizi juga turut mendedahkan akaun National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengarah Eksekutif NCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh, kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.

Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Johari, 44, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan alamat yang sama. Dia juga turut didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) Bafia, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103 akta sama.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Tak sabar tunggu hari si pondan gebu ni masuk jail. Jangan lari luar negara cukup! Pondan ni memang licik kuat menipu....hasil didikan sifu dia yang dah kena humban masuk.

    BalasPadam
  2. Pondan ni dan geng2 kaki fitnah ingat diorang boleh membuat sesuka hati tanpa menerima padah sebab diorang ada peguam2 cilaka dalam barua council.

    Sekarang, sekor2 tengah menggeletar lutut. The law is coming for you!

    BalasPadam
  3. padan muka dia..! berani buat kena berani tanggung..!

    BalasPadam
  4. Penyokong pembangkang melhat mereka sebagai hero rakyat. Mereka tak dapat fikir kesan kepada bank, kepada pelanggan dan negara akibat kebocoran maklumat akaun pelanggan. Kita lihat nanti bagaimana hero rakyat ini mempertahankan diri dimahkamah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping