![]() |
| Yang 'Pelik'nya, kita Tak Pelik dia jadi Barua kepada DAPigs!!! |
Alamak ai!!! Apa lagi yang dia nak bising ni? Apa benda lagi yang dia tak puas dihati? Kenapa susah sangat dia nak terima hakikat yang perwakilan dibawah sudah membuat keputusan mereka?
Ini yang susah bila ada dikalangan puak - puak yang sebelum ini berlakon KONONnya diorang berjuang demi kepentingan agama tapi realitinya diorang tak boleh terima Qada' dan Qadar.
Bukan ke sebelum ini orang dah pesan, Kalau dah KALAH tu KALAH je la. Kenapa pulak Si Mat Syabun ni nak meroyan tak tentu arah dan meluahkan rasa pelik dia terhadap orang lain?
Secara umumnya, dia ditolak dari jemaah kerana GAGAL untuk mempertahankan agenda kepentingan parti. Itu pasal la dia GAGAL untuk kekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden.
Sekarang bila dia sedar yang dia tidak lagi berada dalam kalangan jemaah, dia mula nak salahkan orang lain. Dia mula nak tunding jari dan melahirkan rasa pelik dia terhadap UMNO.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Mat Syabun tu buat dakwaan kononnya dia rasa 'Pelik' bila UMNO menyambut gembira kemenangan Pro Ulama PAS baru - baru ini.
Malah Si Mat Syabun tu juga turut menzahirkan rasa pelik apabila dia turut membuat dakwaan kononnya media - media Pro UMNO turut sama berkempen untuk kumpulan Pro Ulama.
"Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar. Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik. Ada sesuatu akan berlaku.
"Hampir seluruh alat propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) campur tangan dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, boleh dibaca dan difahami mereka mahu 'golongan ulama' menang.
"Bahkan seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat cuba memihak kepada golongan yang dikatakan 'pro ulama',” katanya.
Nah!!! Yang heranya, kenapa sebelum ini Si Mat Syabun tu Tak Pelik bila media - media Pro DAPigs menyerang kepimpinan PAS terutama sekali menyerang keperibadian Presiden PAS secara terbuka?
Kenapa pada ketika itu Si Mat Syabun tu Tak Pelik pulak dengan tindakan media Pro Yahudi memburuk - burukkan Presiden PAS yang menyebar-luaskan Penghinaan DApigs terhadap Pro Ulama?
Soalnya, adakah ianya satu Dosa Besar sekiranya UMNO mengucapkan tahniah kepada kumpulan Pro Ulama yang menang dalam pemilihan PAS kali ini? Salah ke kalau mereka yang menang tu diraikan?
Jelas, perilaku songsang yang ditonjolkan tu membuktikan bahawa dia memang jenis manusia yang tak dapat terima hakikat. Tapi, kita sikit pun Tak Pelik bila dia ditendang keluar dari jemaah sebab dari dulu lagi Si Mat Syabun tu sering mendahulukan orang lain dari parti dia sendiri!!!


Aku tak rasa pelikpun bila ko kalah...selamat bersara
BalasPadamsoalnya, berkesankah media umno mempromosi geng ulama di dalam media umno sendiri? bukankah ahli2 pas sudah didoktrin untuk tidak membaca dan mengikuti apa2 media yang berasal dan mesra umno? kalau dah kalah kalahlah. macam2 pulak songel mat sabu ni.
BalasPadam