Jumaat, Jun 19, 2015

DAP Selangor telah mendesak Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memecat tiga exco PAS daripada sebagai solusi terakhir pengisytiharan DAP bahawa Pakatan sudah berkubur lapor mysinchew.com

Tiga Exco PAS yang dimaksudkan itu adalah Datuk Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib. Maklumat dalaman memberitahu mysinchew bahawa keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor malam tadi.

Mesyuarat itu dipanggil untuk membincangkan isu Pakatan Selangor telah mengambil masa selama tiga jam panjang, telah memutuskan beberapa perkara termasuk mendesak MB Selangor menggantikan exco tiga PAS yang kini berada dalam kabinet kerajaan negeri.
“Kami juga telah memutuskan bahawa jika Azmin Ali masih ragu-ragu untuk mengambil tindakan tersebut, kami (DAP) akan menarik diri daripada kerajaan Selangor, namun kami akan lakukan dalam beberapa langkah lain terlebih dahulu.
“Kami mempunyai beberapa keputusan dan tindakan sejak mesyuarat semalam. Kami akan memberi masa untuk MB laksanakan, dan berharap perkara ini boleh diselesaikan selepas Raya atau sebelum September, atau ahli exco DAP akan berhenti daripada menyertai kabinet negeri.
“Kami telah membincangkan beberapa penyelesaian, dan menarik diri daripada kerajaan negeri adalah pilihan terakhir. Kami juga telah berbincang untuk meminta MB membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membuka jalan untuk pilihan raya negeri yang baharu.
“Bagaimanapun, penasihat undang-undang kami merasakan bahawa pembubaran DUN adalah kuasa Sultan dan oleh itu kami tidak akan memasukkan perkara ini dalam penyelesaian kami.
“DAP telah membuat keputusan ini berdasarkan prinsip-prinsip parti, terutamanya yang membawa kemudaratan kepada rakyat dan konflik pada tahap minimum.”
Walaubagaimana pun Pengerusi DAP Selangor Tony Pua pula enggan mengesahkan maklumat di atas. Sebalik berkata yang mereka hanya akan berjumpa dengan Menteri Besar Selangor itu terlebih dahulu.
“Keputusan kami adalah menemui MB Selangor. Beliau kini berada di Kelantan dan mungkin balik, malam ini atau esok. Saya akan menunggunya. Bagi yang lain-lain itu, saya tidak boleh mendedahkan apa-apa lagi.
Sekarang kedudukan Menteri Besar Selangor tu benar - benar sudah tersepit. Persoalannya, alasan apa lagi yang akan diberikan selepas ini? Adakah Si Menteri Besar Selangor tu tetap akan cuba untuk MENIPU dirinya sendiri untuk kekal berkuasa???
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Dia lari pi kelantan nk mengelak..
    Tgu weekend.. nk pi kajang jumpa anuar..
    Nk tanya punahsihat..
    Kalau dia pemimpin islam yg berani... Jgn layan cina dap.. Buat bodo ja..

    BalasPadam
  2. Ketika Selangor dalam krisis penggantian Khalid Ibrahim UMNO SELANGOR DAN UMNO MALAYSIA hanya mampu tengok sahaja. Tiada kekuatan dan tak dapat lakukan apa-apa kecuali buat muka sotong kot kot dipelawa sertai kerajaan negeri.

    Kali ini pun dalam keadaan yang sama mengharapkan bola tergolek ke kaki tetapi berdoa sangat jangan sampai DUN bubar.

    Azmin masih tersenarai sebaga pemimpin yang ada kecekapan mengendalikan isu dan mampu membuat pesaing dan musuh melopong.

    Mungkin dia perlu mendapatkan nasihat bekas bossnya ? Bukan anwar...

    BalasPadam
  3. Aku lebih rela azmin menteri besar melayu islam dr cina dap berkuasa guna proksi

    BalasPadam
  4. 12.40ptg. Tak apa cina berkuasa guna proksi....itu pun yg PR mahu.

    BalasPadam
  5. Dap boleh supply Amoi..bagut2 Maa....fresh from China..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping