Alahai! Apa la masalahnya dengan diorang ni ek. Kalau dengan sesama sendiri, bukan main lantang lagi diorang ni berani bersuara. Siap cabar - mencabar diantara satu dengan yang lain lagi.
Jika sebelum ini Si Mazlan Aliman tu dah ambik keputusan untuk meninggalkan jemaah dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat selepas dia menang tempoh hari.
Tapi nampak gayanya tindakan yang dia buat tu masih tidak dapat menenteramkan jiwa dia sendiri. Masih ada lagi rasa tak puas hati dia terhadap kepimpinan PAS diperingkat jawatankuasa Pusat.
Hari ini kita baca pulak kenyataan Si Mazlan Aliman tu yang mencabar AJK PAS Pusat untuk membuktikan bahawa persatuan ANAK Haram yang dipimpinnya sebagai kumpulan Radikal.
Kata Si Mazlan Aliman tu, persatuan dibawah pimpinan dia tu hanya menjadi pentas dan medium untuk menyuarakan penindasan yang didakwa menimpa warga peneroka Felda pada ketika ini.
"Adakah dengan menyuarakan (isu) penindasan (terhadap peneroka) dianggap radikal? Adakah mengambil tindakan saman dan mengadakan demonstrasi (terhadap Felda) dikatakan keterlaluan?
"Jika itu yang dikatakan radikal dan keterlaluan, saya tiada ada masalah. Yang penting kita menjadi suara alternatif kepada masyarakat Felda.
"Ini adalah cara kita untuk memberi pandangan terhadap isu ketidakadilan dan penindasan yang berlaku," katanya.
Hakikatnya semua orang pun tahu bahawa persatuan ANAK Haram yang dipimpin oleh Si Mazlan Aliman tu bukannya atas inisiatif dia sendiri. Tapi atas cadangan yang diberikan oleh pimpinan PAS Pusat.
Tambahan pulak, pendekatan yang digunakan oleh Si Mazlan Aliman tu pun tidak signifikan dengan apa yang dia cakap. Dia kata dia nak membela nasib warga peneroka Felda.
Tapi kenapa dia pinggirkan warga peneroka Felda yang terpaksa membayar saman kepada Felda bila diorang kalah saman sebelum ini? Ke mana hilangnya duit tuntutan warga peneroka Felda Kemahang?
Realitinya, Si Mazlan Aliman tu juga dilihat GAGAL untuk memperjuangkan masa depan dan tidak layak untuk menjadi pemimpin apabila dia ditolak dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Itu membuktikan yang Si Mazlan Aliman tu sendiri pun tidak mempunyai kelayakan sebagai seorang pemimpin, apatah lagi nak dianggap sebagai seorang pejuang untuk Peneroka. Kalau setakat pandai buat demonstrasi je kerjanya, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.