Jumaat, Jun 05, 2015

Fuh!!! Hari ni memang terasa lain macam keadaan cuaca. Berita hangat yang bertebaran didalam media hari ini sudah pasti mengenai isu gempa bumi sederhana yang berlaku di Negeri Sabah.

Gempa bumi yang dicatatkan berlaku pada 5.9 skala ricther menggegarkan penduduk - penduduk disekitar kawasan Kota Kinabalu dan turut dirasai dikawasan Marudu, Kudat dn Beaufort.

Tapi siapa sangka. Gegaran gempa bumi di Sabah itu juga turut dirasai di Kuala Lumpur. Atau dengan lebih tepatnya di bangunan Putra World Trade Centre (PWTC) seawal pagi tadi.

Rasanya semua orang tau yang di PWTC hari ini bada program sesi dialog YAB Perdana Menteri bersama NGO anjuran SukaGuam. Tapi lewat jam 10 pagi tadi, program tersebut dibatalkan.
Tun Mahathir tiba seawal jam 9.30 pagi... 
Ianya ekoran arahan dari Ketua Polis Negara yang mendesak agar program tersebut dibatalkan atas alasan keselamatan serta keharmonian masyarakat serta untuk mengelakkan pertembungan.

Dan memang ternyata perkara itu dapat kita rasai jika kita berada didalam dewan Tun Hussien. Kalau tengok muka orang yang datang pun semuanya jenis macam nak makan orang.

Tapi, tak salahkan mereka yang hadir. Rata - rata yang datang dari seluruh pelusuk Semenanjung tu mahu mencari Kebenaran mengenai isu yang dianggap cukup serius iaitu 1MBD.

Kehadiran Tun Mahathir menambahkan lagi kehangatan didalam Dewan dengan gerombolan penyokong - penyokongnya dimana mereka juga mahukan penjelasan daripada Datuk Seri Najib.
Kecoh didepan pentas apabila Tun diarahkan untuk berhenti menyampaikan ucapan... 
Maka, atas nasihat daripada Ketua Polis Negara, pihak penganjur terpaksa menangguhkan sesi dialog tersebut ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Tapi dalam masa yang sama mereka beri kebenaran kepada Tun untuk berucap.

Disini berlakunya pertikaian apabila Tun dihalang oleh pihak Polis dari meneruskan ucapannya yang belum sampai 5 minit tu. Nampak sangat pihak penganjur sendiri pun dah kelam kabut

Sepatutnya, bagi mengelakkan kekecohan, pihak penganjur boleh bagi Tun masa, paling tidak 15 minit untuk berucap dan kemudian bersurai. Tapi tindakan drastik, menghantar pihak Polis tu yang menimbulkan kekecohan.

Maka kesimpulannya, lain kali kalau nak buat program tertutup, pastikan ianya tertutup. Jangan biarkan ianya terbuka pulak. Takut nanti bila dah terbuka, kita sendiri pun tak mampu nak halang benda luar yang masuk!!! Sekarang, lu orang tanggung la sendiri!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. PM sudah jelaskan semua isu yg berkaitan, apalagi yg tak jelas? Sabah tu dah gempa lagi tak insaf, raayat jika tidak lagi mahu taat dgn ketua negara yg memerentah tunggu musibah dari Allah, Biarlah k'rajaan siasat dan selesaikan isu tersebut.Banyak dgt persangkaan buruk tampa bukti, boleh hancur negara dibuat nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..seelok eloknya bagitulah.Sebagai orang Islam kena faham tu.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping