Selasa, Jun 16, 2015

DAP dan PKR tidak faham prosedur sesuatu usul dalam PAS, sehubungan itu kedua-dua parti itu disaran agar tidak masuk campur. Itu penegasan daripada Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Nik Salleh.
"Dia (PKR dan DAP) tak faham. Mereka tak payah nak campur masalah dalaman PAS, kita nak bawa ke mana-mana ikut pandai kitalah," katanya kepada Antarapos.
DAP dan PKR mengambil ketetapan bahawa 'usul putus hubungan dengan DAP' yang diluluskan Muktamar PAS sudah berkuatkuasa dan tidak perlu dibawa kepada Majlis Syura Ulama.

Ini kerana dakwa dua parti itu usul berkenaan sudahpun diluluskan oleh badan pembuat keputusan tertinggi dalam PAS justeru tiada keperluan untuk dibincang Majlis Syura Ulama lagi.

Ketika ditanya oleh wakil media mengenai kedudukan PAS bersama Pakatan setakat ini, ujar Nik Zawawi parti itu masih anggota Pakatan.
"Kita masih biasa lagi, kita tak ada apa-apa keputusan. PAS ni berpegang pada prinsip agama, sekiranya agama masih membenarkan kita berada dalam Pakatan maka kita kekal dalam Pakatan. 
"Kalau agama dari segi hukumnya kata Tahaluf Siyasi batal, kita akan keluar daripada Pakatan. Ia berasaskan kepada hukum," jelasnya.
Namun sekiranya perkara sebaliknya berlaku meskipun hubungan yang terjalin antara ketiga-tiga komponen ini berjalan dengan baik tetapi tidak mengikut lunas-lunas agama, maka ia akan terbatal.
"Sekiranya hukum memutuskan untuk kita putus maka kita putuslah. PAS ni perjuangan Islam dan akan ikut lunas-lunas yang digariskan dalam agama Islam. 
"Kalau Tahaluf Siyasi ini syarat-syarat masih kekal, walaupun sukar kita akan tetap dalam Pakatan. Sekiranya syarat-syarat dan peraturan itu terbubar/terbatal maka walaupun tiada masalah kita akan keluar," katanya.
Nik Zawawi berkata, tarikh untuk Majlis Syura Ulama bersidang bagi membincangkan perihal usul putus hubungan itu sudah ditetapkan, namun ia masih dirahsiakan. Bagaimanapun ia akan dimaklumkan kepada umum apabila tiba waktunya.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Cakap je kekal selama2nya..x pyh cerita panjang2..buang karen je. Akhir sekali u turn jg..

    BalasPadam
  2. AJI buang je Hudud tuuu, kita mahu Shoru. Kita gen y pas tak tahan lapar,kita bukan nabi 40 hari tak makan takpa.gn mahu belanja makan nasi beriani bulan puasa ni,kita kawan jangan lawan lawan maaa ,dia kata.

    BalasPadam
  3. rupanya lebai malang ni pun bercakap guna kapla lotot dan siku gak. tu nak sangat jawatan tapi tau undang2 dalam muktamar.suh lebai malang tu baca dengan teliti jangan cakap ikut sedap kapla lotot dan siku.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping