Kita kena akur jugak la dengan Si Menteri Besar Selangor ni. Setidak - tidaknya, dia ada jugak la kehebatan dia yang tersendiri walaupun dalam bab nak menjalankan tugas sendiri pun dia kantoi.
Kalau dalam bab nak suruh Si Menteri Besar Selangor tunaikan janji yang telah dibuat sebelum ni, macam kita mengharapkan angin yang lalu je. Kalau cuaca baik, boleh la dia nak tunaikan janji dia tu.
Kalau keadaan sebaliknya, maka banyak la sumpah seranah yang ada dikeluarkan oleh Si Menteri Besar Selangor tu jawabnya. Paling tidak dia akan kata dia 'Tak Kenal' dengan pengadu yang buat tuntutan tu.
Atau, dia akan anggap mereka yang buat aduan tu sebagai 'Ektremis Perkauman' seperti mana yang berlaku di Datum Jelatek sebelum ini. Setakat ini, itu je la kemahiran yang dia miliki.
Selain itu, Si Menteri Besar Selangor tu jugak pandai nak mengalihkan beban yang dia tanggung pada ketika ini kepada orang lain. Sebagai contoh, isu yang melanda Pakatan Haramjadah tu sekarang.
Semua orang dok tumpukan perhatian kepada Selangor sebab nak tengok apa tindakan yang akan dilakukan bagi puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak mengekalkan kuasa di Negeri tersebut.
Adakah dia akan pilih PAS untuk terus kekal memerintah, atau dia akan tetap bersama dengan DAPigs untuk menerajui kepimpinan Rejim Pakatan sebagai seorang Menteri Besar?
Itu persoalan yang dibangkitkan. Tapi, bila soalan seperti itu diajukan kepada Si Menteri Besar Selangor tu, pandai pulak dia suruh pihak media merujuk kepada jawapan yang dibuat oleh Presiden PKR.
"Tak apa, itu pandangan yang dikemukakan DAP. Kalau nak tanya pandangan saya, rujuklah kenyataan Presiden (PKR) (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) semalam," katanya kepada pemberita malam tadi.
Soalnya sekarang ni, siapa yang jadi Menteri Besar? Dia atau pun Presiden PKR tu? Kalau hari tu, sibuk sangat dia nak rampas jawatan tu dari Presiden sampai tahap sanggup melobikan diri dia sendiri dengan PAS.
Tapi sekarang, pandai pulak dia nak berselindung disebalik kain Wan Azizah demi untuk menyelamatkan kedudukan dia sebagai Menteri Besar. Itu membuktikan yang Si Menteri Besar Selangor ni seorang pemimpin yang takde maruah dan pendirian dia sendiri!!!
THANKS TO THIS BLOGSPOT OWNER BECAUSE RELEASED MY COMMENT BEFORE.HOPE THIS BLOGSPOT OWNER AND ALL FAMILY ALWAYS UNDER PROTECTION ALLAH AZZAWAJALLA SWT FROM THE KAFIR INFIDEL AND THE HYPOCRITE MUNAFIQ.P/S THIS COMMENT DOES NOT NEED TO SHOW.T.Q.
BalasPadam