Isnin, Jun 01, 2015

Terbaik!!! Ini baru boleh dikatakan tawaran menaraik. Beli rumah boleh dapat Tuan Rumah secara percuma. Siap free seorang anak lagi. Biasanya, kalau kahwin dengan janda, percuma anak je.

Tapi lain pulak dengan seorang Mak Janda Hot dari Indonesia ni. Dia buat tawaran rumah sekali dengan diri dia sekali. Umur pun masih muda, baru 37 tahun. Anak dia kira free, umur 15 tahun.

Katanya, Si Mak Janda Indonesia tu nak jual rumah bagi membantu dirinya membiayai pembelajaran anak dia disamping mencari teman hidup yang baru. Bukan la dia saja - saja nak jual diri dia.

Cuba kalau Mak Janda yang sorang lagi tu buat 'Offer' macam ni. Nak jugak tengok, laku atau pun tidak Si Mak Janda tu. Kalau dulu, siapa jadi suami, percuma dengan 'Papa' dia sekali.

Tinggal lagi, siapa yang terima offer tu, memang terpaksa jadi 'Coffea Boy' Papa sama macam bekas suami dia dulu. Dah la perangai Papa dia pun tak semenggah. Dapat pulak Si Mak Janda tu kuat tabur Fitnah sana sini. Memang malang le nasib sesiapa yang terima 'offer' dia!!!
JAKARTA - Selepas seorang janda anak dua, Wina Lia membuat iklan jual rumah dapat berkahwin dengan tuan rumah, kini seorang lagi janda anak satu turut membuat iklan serupa.

Indira Astarisa, 37, membuat iklan untuk menjual rumahnya di Malang di sini, dan bersedia untuk berkahwin dengan dengan lelaki yang membeli rumahnya itu.

Janda anak satu dan bekas model itu membuat iklan untuk menjual rumahnya dengan harga Rp1.7 bilion (RM471,628).

“Saya merancang menjual rumah, tetapi sekiranya ada pembeli yang sesuai saya tidak kisah untuk berkahwin dengannya. Saya mempunyai seorang anak lelaki dan sudah 15 tahun menjanda,” katanya.

Sejak berpisah dengan suaminya Indira membesarkan anaknya dengan menjadi model sambilan dan berniaga pakaian dan makanan.

“Saya mahu menjual rumah ini kerana mahu dijadikan modal untuk mengembangkan perniagaan selain membiaya pengajian anak saya,” ujarnya.

Kata Indira, sejak iklan itu dibuat pada minggu lalu dia dihujani banyak panggilan telefon yang bertanya mengenai rumahnya, termasuk pembeli dari luar negara.

“Ramai yang menelefon, termasuk lelaki dari Singapura yang bertanya mengenai rumah ini dan juga tentang diri saya,” jelasnya.

Menurutnya, ada seorang pembeli yang menawarkan harga Rp1.6 bilion (RM443,885) untuk membeli rumah itu, tetapi dia belum memberi kata putus.
Categories:

3 ulasan:

  1. Boleh je, janji patuh syariah. Janda perlu di selamatkan, merujuk poligami.

    Cuma, berderet nanti ambik kesempatan... he..he

    BalasPadam
  2. Saya fikir anda tidak boleh terjemahkan rupiah miliar menjadi rupiah bilion, kerana rupiah 1000 miliar bersamaan rupiah 1 bilion

    BalasPadam
  3. 1.7M = 1.7 miliar bukannya 1.7 bilion

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping