Pegawai Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Firdaus Zalani berkata, perjuangan SIS mengenai rambut wanita bukan aurat bukanlah perjuangan demi mendapat kebenaran syariat Islam yang sebenar.
Sebaliknya, pertubuhan Sister In Islam (SIS) itu sendiri hanya boleh dianggap sebagai sebuah perjuangan yang bertunjangkan kepada hawa nafsu yang dihiasi kononnya dengan hujah akademik dan syarak.
“Kalaulah benar mereka pendokong al-Quran seperti yang ditunjukkan dalam kes ini, maka dalam kes hudud merekalah yang sepatutnya paling hadapan menyokongnya kerana kesemua hukuman hudud disebut jelas lagi terang di dalam Al-Quran.
“Kalaulah mereka benar ingin memenuhi seruan al-Quran, tidak mungkin mereka akan pertikai hak pewarisan isteri, anak perempuan yang selama ini dilaungkan kerana al-Quran menyebut dalam masalah ini jelas satu persatu.
"Kita kenal siapa mereka dan apa mereka perjuangkan walaupun mulut mereka cuba berkata sebaliknya,” katanya seperti yang disiarkan di laman web muis.org.my.
Muhammad Firdaus berkata, hujah SIS kononnya mereka berpandukan kepada hujah Syiekh Albani dan Syiekh Thariq Iwadullah adalah tindakan yang langsung tidak jujur dalam mencedok pandangan ulama.
Ini kerana, katanya, kedua-dua ulama itu membincangkan hadis tersebut pada perspektif perkara yang memang sedia menjadi khilaf di kalangan ulama, iaitu aurat muka dan tapak tangan, bukan berkenaan aurat rambut kerana aurat rambut adalah suatu perkara yang sudah jelas tanpa pertikaian.
“Bukalah mana-mana kitab ulama silam atau semasa jelas menunjukkan persepakatan mereka bahawa menutup rambut adalah wajib.
“Perselisihan yang berlaku hanya dalam sekitar muka, tapak tangan dan kaki, selain daripada itu mereka bersepakat akan pengharamannya. Jelas! sumber hukum aurat rambut meliputi ketiga-tiga sumber pensyariatan- al-Quran, Hadis dan ulama,” katanya.
Jelasnya lagi, tindakan mereka ini adalah satu tindakan yang langsung tidak menghormati ulama serta boleh dianggap sebagai satu usaha untuk menjatuhkan kredibiliti ulama tersebut.
Pada perspektif akademik juga, tindakan menyalahguna kata-kata seseorang adalah antara jenayah berat dalam dunia akademik. Mereka sepatutnya secara terbuka memohon maaf atas tindakan ini.
Tapi apa boleh buat. SIS ni dah menyerap fahaman Islam Liberal yang membenarkan perkara yang dilarang. Jangan lepas ni Ostazah SIS keluarkan fatwa kata minum arak tu HALAL sudah la!!! Lagi haru dibuatnya nanti!!!
SIS kan menganut ajaran islam liberal.. Tapi paling mengecewakan terdapat juga umat islam termasuk bekas pimpinan PAS yg kuat mempertahankan SIS
BalasPadamAurat rambut adalah Haram - Haram itu dilarang bukan Hukum...
BalasPadam... Apakah Hukum bagi aurat rambut itu ?
... Aurat hanya perkara cabang : Furuq, maka tak payah nak perbesar2kan...
Pada Surah & ayat mana alQuran yang menyebut perkataan rambut - "Syi'run" ???
BalasPadamSis tu memang ada salahnya..cuma dlm hal rambut sis betul. Rambut bukan aurat.
BalasPadamJika kerana sehelai rambut boleh membuatkan wanita dibakar 1000 tahun dlm neraka. Sudah pasti nabi akan suruh semua wanita botakkan kepala.