Rabu, Julai 29, 2015

Selain dari menabur fitnah dan membuat dakwaan yang bukan - bukan, apa lagi kerja yang mampu Si Rafizi ni lakukan kepada rakyat? Sedangkan rakyat dikawasan dia sendiri pun terabai.

Jadi, adalah lebih baik sekiranya Si Rafizi tu lepaskan jawatan dia sebagai Ahli Parlimen. Tak payah la dia nak menyusahkan kehidupan rakyat dikawasan dia yang tak dapat pembelaan sewajarnya.

Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini diperintah membela diri terhadap pertuduhan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan anggota UMNO melalui kenyataanya dalam satu artikel Februari tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Azwarnida Affandi membuat keputusan itu terhadap Mohd Rafizi, yang juga anggota Parlimen Pandan, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah juga turut menetapkan tarikh 20 Ogos ini untuk Mohd Rafizi membela diri.

Mohd Rafizi, 38, didakwa dengan sengaja mengaibkan dan membangkitkan kemarahan anggota UMNO melalui kenyataannya dalam artikel bertajuk ‘Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?’ yang boleh menjejaskan keamanan awam.

Rafizi yang ketika itu sebagai Pengarah Strategik PKR didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat The Edge Malaysia Communication Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara pada 11.40 pagi, 4 Feb 2014.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun sementara peguam Eric Paulsen pula mewakili Mohd Rafizi.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Patut di penjara dan denda maksimum kerana memfitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar tu, lidah suka memfitnah demi kepentingan polit dia

      Padam
  2. It is all only a joke.......padan muka.

    BalasPadam
  3. Last sekali,selesai di luar mahkamah,tutup buku.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping