Inilah bahanannya bila kepimpinan parti lebih mengutamakan soal nak menjaga agenda kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Penyudahnya, ahli - ahli diperingkat bawahan pun meluat.
Kecewa dengan krisis yang melanda kepimpinan PAS Pusat pada ketika ini menjadi diantara faktor utama Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai lumpuh sepenuhnya mulai hari ini.
Ianya berlaku apabila semua kepimpinan pemuda di kawasan berkenaan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan mereka masing - masing berkuatkuasa secara serta merta.
"Keputusan perletakan jawatan ini dibuat setelah mengambilkira faktor perkembangan politik semasa serta kekecewaan kami atas krisis yang melanda kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri serta konflik dalaman yang gagal ditangani sebaiknya sehingga kini," ujar bekas Ketua Dewan Pemudanya, Mohd. Hafiz Habil dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, menurut Mohd. Hafiz, pihaknya terus komited dan bertekad untuk meneruskan agenda perjuangan kebajikan rakyat berteraskan prinsip Islam khususnya untuk rakyat di kawasan Parlimen Lembah Pantai.
Sementara itu, mereka juga tidak memaklumkan sama ada bakal menyertai Gerakan Harapan Baru atau tidak dan memerlukan masa untuk menentukan haluan politik masing-masing.
"Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang dialog samada secara tertutup atau terbuka dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendirian dan keputusan terkini pihak kami ini," ujarnya.
Serentak dengan perletakan jawatan itu, jawatan Ketua Pemuda kawasan tersebut akan dipangku oleh Mohd. Fadhlullah Ismail dan kekosongan jawatan lain juga akan diumumkan lanjut kemudian.
Apa yang jelas, tindakan mereka melepaskan jawatan masing - masing membuktikan bahawa PAS sudah hilang Istiqomah dalam perjuangan sehingga menyebabkan perpecahan dalam parti. Sibuk sangat nak merampas kuasa, akhirnya diorang jugak yang ditinggalkan!!!
'kecuali orang-orang yang beriman danberamal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.'
BalasPadamsempoi nak kenal mereka yang berbangga-- menjurus kearah orang2 yang di kata tuhan rugi.
orang kata dap kian pulas spring dan kasi lepas momentum pru14.calon2 pkr ka pas ka umno ka mca ka mic ka ka ka dsb ka boleh belah!..
aq kata lak..no! ewah ewah