Jabatan Penjara hari ini menafikan laporan yang mendakwa keluarga bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinafikan hak untuk berjumpa dengannya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Supri Hashim berkata, jabatan itu telah menetapkan perjumpaan khas untuk tahanan penjara yang beragama Islam dengan keluarga mereka sempena perayaan itu pada hari raya ketiga dan keempat.
"Adalah ditegaskan tidak ada penghuni (penjara beragama) Islam yang dinafikan haknya untuk berjumpa dengan anggota keluarga sempena Aidilfitri secara berperaturan, dan ini termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Oleh itu, semua pihak termasuk media tertentu diharapkan tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat berhubung perjumpaan sempena Aidilfitri, dan ini boleh menjejaskan imej Jabatan Penjara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar dan berita portal yang mengatakan Anwar dinafikan hak untuk berjumpa keluarganya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Supri berkata, jabatan itu telahpun memaklumkan kepada anggota keluarga tahanan penjara serta orang ramai melalui media baru-baru ini mengenai tarikh perjumpaan khas penghuni penjara dengan keluarga mereka.
"Dimaklumkan perhubungan yang baik antara penghuni penjara dan keluarga dianggap penting oleh Jabatan Penjara dalam aspek pemulihan, penerimaan dan pengintegrasian semula penghuni bersama keluarga dan masyarakat," katanya.
Kemudahaan perjumpaan khas sempena perayaan turut diberikan semasa sambutan perayaan Krismas, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Pesta Menuai serta Gawai.
"Tindakan memaklumkan kepada keluarga dan orang ramai berhubung tarikh perjumpaan khas semasa perayaan-perayaan tersebut telah dibuat lebih awal melalui media dan setakat ini ia tidak menimbulkan sebarang masalah," katanya.
PS: Nampak gayanya, puak kedarak dan kaum keluarga Si Ketua Penipu tu masih tak sedar lagi yang Si Ketua Penipu tu seorang BANDUAN gamaknya. Nak jugak diorang jaja 'Air Mata Buaya' diorang untuk raih simpati!!!
saving your soul my respected lady before it...........siti aseer......
BalasPadam