Isnin, Julai 27, 2015

Heh! Apa yang nak diherankan sangat dengan kenyataan Si Wan Azizah ni ye tak. Memang la dia sanggup lakukan apa saja demi memenuhi kehendak dan kemahuan Politik Peribadi dia sendiri.

Jangan kata dengan Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu sahaja yang sanggup dia buat jadi 'Kawan' dalam Politik. Bahkan Rejim Zionis Israel sekali pun dia sanggup bersekongkol.

Yang lebih diutamakan oleh puak - puak Parti Keluarga Rosak ini hanya untuk menjaga agenda kepentingan Poltik Peribadi diorang je anak beranak. Maka sebab itu diorang boleh terima sesiapa sahaja.

Waima orang tu musuh Islam sekali pun diorang akan terima jugak. Diorang bukannya peduli sangat dengan puak - puak PAS tu. Jauh sekali diorang nak menjaga atau pun menghormati puak - puak PAS tu sebagai rakan sekutu!!!
BUTTERWORTH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersikapterbuka dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik yang mengamalkan rangka kerja dasar yang sama, kata presidennya Datuk Seri Dr WanAzizah Wan Ismail. 

"Saya ingat kita punya persahabatan dengan semua orang walaupun dengan UMNO. Kita sama...kita mempunyai perjuangan. 

"Kita ada kerangka kerja dasar yang sama di mana kita dan semua anggota politik bersama dengan rakyat Malaysia yang prihatin tentang krisis nasional yang melanda negara, kita ajak bersama untuk menyelesaikannya," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Jelajah Amanat Presiden pada Ahad. 

Yang turut hadir Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman dan barisan kepimpinan PKR negeri. 

Dr Wan Azizah berkata demikian mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dalam Mingguan Malaysia hari ini yang menyatakan PAS bersedia menamatkan hubungan dengan PKR jika parti itu bersetuju menyertai DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang baharu.

Haron dilaporkan berkata kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan PAS. 


Bagaimanapun, Dr Wan Azizah enggan mengulas berhubung perkara itu dan meminta untuk mengesahkan perkara itu terlebih dahulu.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Aronei jin bodoh boleh la kau ugut. Mama ada segoni emas tanam bawah jamban.

    BalasPadam
  2. Awak selesaikan moral suami awak tu duluwahai Cik Wan oooiiii, barulah masaalah negara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping