Huh! Hebat tak Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu ni? Punya hebat sampai duit pun boleh turun dari langit. Kira terlebih Qasyaf puak - puak Geng Haprak Baru Si Mat Sabu ni rupanya.
Tapi persoalannya, jika duit diorang ni tak turun dari langit, dari mana pulak datangnya? Takkan pulak diorang ada duit sebanyak itu sampai mampu untuk diorang buat program besar - besaran?
Nak harapkan duit Haram hasil elaun dan juga gaji wakil rakyat yang ikut serta menyokong Geng Haprak Baru Mat Sabu tu berapa sangat yang diorang ada. Lagi pun takkan diorang nak bagi semua duit elaun diorang tu?
Dan kalau ikut pendedahan yang dibuat dalam blog Gelagat Anwar, Geng Haprak Baru yang menjadi wakil rakyat dalam PAS tu semuanya dah diarahkan untuk meletakkan jawatan. Kata GA:
GHB diminta melihat dan mendengar apa perasaan rakyat setelah mereka ambil keputusan untuk mufarakah dari Pas. Dalam solat pun dibolehkan mufarakah.
Apa sangat dalam politik. Sebab itu apabila timbul isu bai’ah dan sebagainya, pelopor GHB tidak kisah sangat.
Arahan terbaru yang diterima daripada Mursyidul Am Sebenar GHB (Sungai Buloh) adalah meletakkan jawatan sekiranya perlu. Semuanya bergantung kepada sentimen rakyat. Kalau ok, tak perlu. Tapi pressure kuat, siri pilihanraya kecil adalah jalan terbaik.
Apabila ditanya soal modal untuk siri pilihanraya kecil; Mursyidul Am Sebenar GHB (Sungai Buloh) yakinkan supaya mereka jangan risau. Kalau setakat 11 kawasan Parlimen; 17 DUN; rasanya modal yang ada sudah cukup.
Modal ini akan turut dibantu oleh satu arahan khas kepada Azmin dari Sungai Buloh. Bajet tertentu Kerajaan Negeri Selangor akan digunapakai.
Secara kebetulan, banyak juga pilihanraya kecil akan berlaku di negeri ini. Untuk asingkan sedikit untuk beberapa kawasan di Kelantan, di Kedah, di Perak tidak akan timbul masalah.
Pilihanraya kecil ini peluang untuk bawa masuk ramai orang kecewa ke dalam sistem politik. Orang seperti Husam, Salahuddin Ayyub – tak boleh berada di tepian padang. Mesti masuk dalam padang. Itu boleh diusahakan.
Malahan Husam bersedia untuk bertanding di Shah Alam, apabila laporan dalaman mengatakan Khalid Samad akan tersungkur teruk jika bertanding semula di Shah Alam di atas tiket GHB.
GHB akan mempunyai modal yang cukup, apabila kemampuan kewangan DAP dan PKR membantu parti baru tersebut. Buat masa sekarang, invois bulanan Abang Mat Sabu sahaja sekitar RM20 ribu sebulan. Belum masuk buat open house dan turun ke negeri-negeri. Ini semua rezeki bulan Syawal.
Nah! Sekarang kita tengok la sama ada Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu sanggup atau tidak untuk menuruti segala titah perintah yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu. Sanggup ke diorang nak lepaskan jawatan? Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.