Khamis, Julai 16, 2015

Ahli Pas dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan tindakan sebahagian ahli dan bekas ahli Pas yang secara terbuka mengajak ahli-ahli parti sedia ada untuk meninggalkan parti tersebut.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kesemua ahli Pas perlu beristiqamah, selain mengingati dasar penubuhan dan matlamat sebenar yang diperjuangkan oleh Pas.
Ahli-ahli Pas tidak perlu terpedaya dengan bisikan syaitan-syaitan yang mengajak keluar dari perjuangan politik Islam menerusi Pas yang berpandukan al-Quran dan al-Sunah, Ijma' dan Qiyas dengan pelbagai janji hiasan kejayaan yang palsu sama ada oleh syaitan di kalangan jin mahupun manusia.
“…Pas sebagai sebuah gerakan Islam sedari awal penubuhannya pada 1951 adalah bertujuan menegakkan amar makruf dan mencegah kemungkaran serta memperjuangkan politik dan kuasa Islam. Ia tidak pernah berganjak daripada matlamat tersebut.
“Ia lebih layak dan berhak untuk dimakmurkan berbanding wadah baru yang dibina atas dasar kekecewaan semata-mata. Sementelah jika ia didalangi pula oleh mereka yang menentang keras usaha-usaha menegakkan undang-undang ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, ahli-ahli Pas perlu sentiasa bertegas dalam menegakkan dasar dan prinsip perjuangan Islam dalam menentang kemungkaran.
Kami sedang meneliti dengan penuh keprihatinan terhadap tindakan ‘syaitan’ ini yang sedang mengusahakan wadah politik baru dan secara terbuka berkempen mengajak ahli-ahli Pas keluar daripada parti untuk bersama dengan wadah baru bagi memecahbelahkan kesatuan Pas.
“Dewan Ulama Pas menyeru ahli-ahli Pas untuk terus istiqamah sehingga menang dengan bahtera Pas yang terbukti tegas dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam dalam menentang kemungkaran politik pemerintah dan menegakkan pemerintahan Islam yang adil lagi berkebajikan,” katanya lagi.
PS: Nampak gayanya PAS ni tak pernah berubah juga. Pantang ada orang yang menentang diorang, habis semua dilabelkan sebagai Syaitan belaka!!! Macam la diorang tu bagus sangat!!! 
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Anti parti ajaran sesat16 Julai 2015 pada 5:40 PTG

    Kah kah kah!!! Pas ikut quran?.. Cer bagi ayat mana suruh sula atau rejam penzina sampai mati. Dlm quran kata penzina dirotan.

    dlm hudud pas penzina dibunuh. Siapa setan sebenarnya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping