Isnin, Julai 27, 2015

Heh! Nampak gayanya, Geng Haprak Baru yang diketuai oleh Si Mat Sabu tu semakin hari semakin terdesak sehingga terpaksa mengambil tindakan memecat Setiausaha Agung PAS Pusat.

Mengakui yang dia juga terkejut dengan tindakan tersebut, Takiyuddin Hassan merasakan pemecatannya sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Kota Baru tidak logik dan sukar untuk diterima.

Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, dia sudah dimaklumkan mengenai pemecatan itu namun tiada sebarang surat rasmi daripada kawasan itu yang diketuai Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
"Benda (pemecatan) itu sahih tetapi saya masih belum dapat apa-apa surat lagi, saya cuma dimaklumkan saja. Saya sendiri tidak faham mengapa saya dipecat.
"Walaupun saya dulu adalah timbalan yang dipertua PAS kawasan, saya tidak kisah dilantik sebagai AJK saja, bagi saya berkhidmat tidak memerlukan jawatan. Bagaimanapun, apa yang berlaku ini, bagai tidak logik dan sukar diterima," katanya kepada akhbar milik Umno itu.
Apabila ditanya sama ada pemecatannya itu merupakan tanda Geng Haprak Baru tu semakin agresif di Kelantan, Takiyuddin berkata, persoalan itu perlu ditujukan kepada Wan Abdul Rahim.

Sebelum ini, Wan Rahim telah dipilih sebagai Pengerusi GHB Kelantan dan turut mencetuskan kontroversi dengan mengundang Si Apek Kit Siang untuk menghentam isu perlaksanaan Hudud di Kelantan.

Dilaporkan PAS Kawasan Kota Baru telah membuat keputusan memecat Takiyuddin dalam satu mesyuarat yang tidak dihadirinya pada 15 Julai lalu. Selain itu, mesyuarat itu juga turut memecat Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan tersebut.

Takiyuddin berkata dalam perlembagaan parti, PAS kawasan itu mempunyai kuasa membuat keputusan tersebut namun memerlukan persetujuan undian daripada separuh AJK kawasan.
"Sebelum ini, saya timbalan yang dipertua PAS Kota Baru. Bagi mengelak pertandingan, saya menarik diri. Bila selesai pertandingan, saya dilantik sebagai AJK PAS kawasan selaku pengerusi Jawatankuasa Kebajikan PAS kawasan," katanya.
Walaubagaimana pun, Takiyuddin menyatakan, meskipun dengan hanya menjadi AJK PAS diperingkat kawasan, dia masih tetap terlibat secara aktif dalam menyertai pelbagai program dan menghadiri beberapa mesyuarat yang diadakan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping