Nampak gayanya, Rejim Pakatan Selangor masih lagi menjadi sasaran apabila diminta supaya mendedahkan isi kandungan perjanjian penstrukturan semula industri air dengan Kerajaan Persekutuan.
Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor, Khairoll Anuar Almegat berkata, isi kandungan perjanjian itu perlu didedahkan kerana ianya penting untuk pengetahuan rakyat.
“Dengan termeterainya perjanjian ini telah menjadi bukti bahawa selama ini rakyat Selangor telah dijaja dengan satu pembohongan terancang.
“Rakyat Selangor pasti masih belum lupa bagaimana isu pembinaan Loji Langat 2 dikatakan tidak diperlukan tetapi hari ini perkara sebaliknya berlaku”, katanya dalam kenyataan media.
Rejim Pakatan Selangor dan Persekutuan menandatangani Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama air pada Jumaat yang memberi lanjutan 60 hari kepada pentadbiran negeri untuk menyelesaikan pengambil alihan syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd.
Khairoll Anuar berkata, walaupun menyambut baik perjanjian itu bagi menyelesaikan masalah air di seluruh kawasan Lembah Klang, namun pengumuman yang dibuat dianggap sedikit pelik.
“Sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar dikatakan sebagai tunduk kepada UMNO/Barisan Nasional apabila berkeras mahu melaksanakan projek Langat 2 dan penstrukturan air ini.
“Khalid telah dipecat dan digulingkan atas tuduhan memperdagangkan dirinya kepada taikun belaan UMNO/BN termasuklah projek Langat 2 ini. Oleh itu, SAMM Selangor ingin mendapatkan penjelasan, apakah bezanya antara perjanjian Langat 2 Khalid dengan Langat 2 Azmin (Mohamed Azmin Ali) ini?," katanya.
Katanya, jika alasan isu pemilikan tanah dan hak milik Loji Air Semenyih dan Bukit Nanas sahaja yang disandarkan selama ini, ia bukanlah satu alasan konkrit diatas pengguguran tersebut.
Sebaliknya, dia beranggapan isu itu boleh diselesaikan di meja rundingan bukan mengheret rakyat ke dalam drama perebutan kuasa sedikit masa lalu melalui agenda Langkah Kajang yang direncanakan.
“Adakah Azmin juga telah menjual dirinya kepada Taikun UMNO/BN?” tegasnya.
Isu pertikaian hak milik Loji Air Semenyih dan Bukit Nanas antara kerajaan Selangor dan Persekutuan menjadi punca penstrukturan air tertangguh walaupun perjanjian utama telah ditandatangani pada September tahun lalu, selain keengganan SPLASH menerima tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri.
azmin oh azmin..bodoh mu tak boleh diukur, orang tak da air kamu nak main tarik tali..tapi sekarang kamu kalah juga..rakyat yang menentukan di mana kedudukan kamu...kami harap kamu akan merasa macam mana mengangkut air naik tangga di rumah pangsa...sudah sudah lah...next election you will know where you are..hoping that TS Khalid will come back to lead Selangor..nyampah lah manusia ni..
BalasPadam