Isnin, Julai 13, 2015

Berang dengan sikap kontraktor bauksit yang rakus dan tidak bertanggungjawab, kerajaan Pahang mengambil tindakan drastik menamatkan 34 pemegang Lesen Melombong Bijih (MOL) berkuat kuasa 31 Julai ini.

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob berkata, ia merupakan antara langkah tegas diambil oleh kerajaan negeri setelah amaran demi amaran dan tindakan penguatkuasaan tidak diendahkan oleh pihak yang terlibat.

Adnan berkata, beliau sendiri telah mengadakan pertemuan sebanyak empat kali dengan pihak operator perlombongan untuk mencari jalan penyelesaian, namun tindakan itu bagaikan 'mencurah air ke daun keladi'.
"Kali terakhir saya jumpa kontraktor pada Rabu lepas, apabila saya dapati tiada perubahan, jalan semakin kotor, lori yang mengangkut bauksit tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan mereka berlumba-lumba sehingga mengakibatkan kemalangan.
"Saya marah dan secara terus terang saya telah beri amaran kepada mereka supaya dalam tempoh seminggu ini, mereka perlu berubah terutama dalam operasi mengangkut. Jika keadaan berlarutan, saya akan mengadap Tuanku Sultan dan kegiatan bauksit ini akan dihentikan," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas tentang isu aktiviti perlombongan bauksit yang semakin tidak terkawal di Kuantan, sehingga menjejaskan kehidupan penduduk dan alam sekitar.

Adnan berkata dengan pembatalan 34 MOL itu, beliau berharap ia dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran dan kemalangan yang berpunca daripada aktiviti perlombongan berkenaan.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan juga akan mengkaji semula lesen-lesen melombong sedia ada, dan hanya akan membenarkan mereka yang benar-benar  mematuhi prosedur operasi standard (SOP), melakukan aktiviti tersebut.

PS: Ini la yang orang tua - tua kata, 'Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga'. Dek kerana kerakusan pengusaha - pengusaha yang tak bertanggungjawab ni, habis semua sekali terlibat!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. THANK A LOT MENTERI BESAR PAHANG ,MR.ADNAN YAAKOB TO SAVING THE PAHANG MALAY MUSLIMIN UMMAH FROM TOTAL ENVIRONMENT DESTRUCTION TRAGEDY...........................-ERIC HOURROUN-....
    ...............................

    BalasPadam
  2. T.Q MB PAHANG MR. ADNAN YAAKOB********MR.HIJAU BIN BUMI TUHAN, XPDC*******

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping