"You GHARU I punya belakang, nanti I GHARU you pulak..." |
Heh! Macam peribahasa Melayu tu jugak la. "Dah Gharu Cendana Pula, Dah Tahu Bertanya Pula". Peribahasa tu memang kena sangat dengan Si Mat Sabu dan konco - konco dia ni.
Jika semalam, pihak media dilihat seolah - olah telah dipersendakan oleh kumpulan G18 yang diketuai oleh Si Mat Sabu tu apabila ditanya mengenai status keahlian mereka didalam PAS pada ketika ini.
Dalam nada yang dilihat 'menyindir', Si Mat Sabu tu kata dia tak boleh nak keluar dari PAS sebab 'Takde Tempat Nak berteduh'. "Kalau hujan nanti, takut basah," kata Si Mat Sabu tu.
Jelas tindakan Si Mat Sabu tu mengeluarkan kenyataan sedemikian sambil disahut dengan gelak ketawa dikalangan rakan - rakan G18 tu sebagai satu tindakan yang cukup memalukan dan menghina kepimpinan PAS.
Ianya memperlihatkan pendirian Si Mat Sabu dan rakan - rakan dia yang lain seolah - olah mahu mencabar kepimpinan PAS yang baru untuk mengambil tindakan memecat mereka dari parti tersebut.
Itu niat sebenar yang sengaja disembunyikan oleh puak - puak G18 yang diketuai oleh Si Mat Sabu tu. Diorang cuba nak memperbodohkan kepimpinan PAS dengan bertindak seperti Pengkhianat.
Seandainya PAS mengambil tindakan memecat keahlian mereka, maka senang la diorang nak jaja propaganda untuk terus memburuk - burukkan kepimpinan parti tu dimasa akan datang.
Sepertimana yang disebut dalam artikel dilaman portal Utaranews, sekiranya tindakan tersebut dilakukan, maka PAS akan dilabelkan sebagai sebuah parti yang 'Kejam' dan 'Tidak Bertimbang Rasa'.
Bahkan portal tersebut juga turut mempersoalkan mengenai "kesyumulan Islam" yang mahu dijadikan dasar kepada parti GHARU yang diterajui oleh Si Mat Sabu serta konco - konco G18 tu.
"Penulis hairan, atas dasar apa Mat Sabu mendakwa sedemikian memandangkan PAS kini dibarisi kepimpinan ulama yang jauh lebih tinggi ilmu dan kefahaman agamanya bebanding dirinya mahupun sekutu-sekutunya itu.
Malah penulis yakin, sekiranya dibandingkan fahaman beliau tentang usulfiqh dan hukum hakam di dalam Islam, rasanya Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi lebih faqih dan tahu berbanding dirinya. Justeru itu atas alasan apa dia mendakwa parti barunya itu lebih syumul?" - lapor portal tersebut.
Kalau kita lihat dari semua sudut sekali pun, Si Mat Sabu tu sendiri tak tahu apa yang dimaksudkan dengan perjuangan Islam. Bahkan dalam ceramah Politik dia pun hanya setakat tau nak memaki hamun orang lain je.
Mana pernah Si Mat Sabu tu buat seruan agar rakyat Malaysia ni mendekati Islam. Sebaliknya, dia hanya mempergunakan Islam tu sebagai alat untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri!!! Bukan dia peduli sangat soal nak menegakkan Islam ni!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.