Isnin, Julai 06, 2015

Alahai!!! Kenapa la oang suka sangat bersyak wasangka buruk terhadap Mamat ni ek. Kesian la kat dia. Mungkin Si Mamat ni kurang kasih sangat dan tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.

Dengar kata rumah tangga dia dengan artis terkenal tu pun dah berakhir dan diorang pun dah bercerai sejak Si Mamat tu diisytiharkan Muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara sebelum ini.

Tambahan pulak, lepas rumah dia kena jual oleh pihak Bank, makin bertambah la meroyannya Si Mamat tu macam orang hilang akal. Jadi, tak heran la kenapa dia menyalak macam orang Gila.

Apa - apa pun, biar la dakwaan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap YAB Perdana Menteri tu disiasat oleh pihak yang berkenaan. Dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil secepat yang mungkin. Kalau boleh saman, saman je dengan Si Mamat Gila Meroyan ni sekali!!!
PETALING JAYA: Gambar Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bersama pengasas Sarawak Report (SR), Clare Rewcastle Brown menimbulkan syak mengenai pembabitannya sebagai pemberi maklumat yang membawa kepada pendedahan isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Berdasarkan carian The Star, didapati Khairuddin yang secara terang mengkritik 1MDB memuatnaik gambar di Facebook beliau pada 1 Julai lalu selepas pertemuan di London. Mereka dikatakan membicarakan mengenai penahanan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andrea Justo.

Justo, warga Switzerland ditahan polis Thailand kerana didakwa membocorkan rahsia syarikat kepada SR.

Khairuddin, bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan menulis bahawa Brown mengesahkan peguam SR mengirim notis kepada syarikat risikan siber, Protection Group International (PGI) untuk mengesahkan jika PGI terbabit dalam laporan New Straits Times (NST) iaitu artikel SR adalah berasaskan dokumen yang dipalsukan Justo.

"Bagaimanapun, PGI gagal mengesahkan sama ada sumber yang mendedahkan kepada NST adalah daipada syarikat sama," kata Khairuddin.

Beliau juga mempersoalkan kenapa PGI tidak mengesahkan telah memberi kenyataan (kepada NST) jika mereka adalah pihak yang menyatakan dokumen Justo itu palsu.

"Clare Brown mengesahkan bahawa fakta dalam artikel itu tidak ada kaitan dengan maklumat daripada Justo. Laporan Sarawak Report adalah berasaskan maklumat tepat dan autentik.


"Artikel itu berdasarkan kepada fakta palsu, kenapa 1MDB atau Putrajaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report atau dia sebagai editornya," kata Khairuddin lagi.

1 ulasan:

  1. bust specific people! go for it...........

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping