Khamis, Julai 02, 2015

Hahaha! Memang serius lawak beb. Dalam pada masa Si Lebai PAS ni nak membanggakan diri dia sendiri dikhalayak ramai, secara tak sengaja pulak dia telah memalukan diri dia sekali.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Pemuda PAS Terengganu hari ini, dia mendakwa KONONnya hanya PAS sahaja yang sibuk buat gerak kerja menghadapi Pilihan Raya.

Sedangkan kata dia, PKR hanya menunjukkan muka pada ketika Pilihan Raya dah nak dekat. Itu pun atas alasan sebab diorang nak bertanding. Tapi kerja - kerja lain semuanya PAS yang buat.
KUALA TERENGGANU – Pemuda Pas negeri mendakwa bahawa hanya ahli parti itu bertungkus-lumus melakukan gerak kerja dari bawah sedangkan PKR didakwa hanya kelihatan menjelang pilihan raya.

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah berkata, ia merupakan hakikat yang perlu diterima kerana hanya ahli Pas khususnya di peringkat akar umbi bekerja untuk mengukuhkan kekuatan pembangkang di negeri ini.

Disebabkan itulah katanya, pembahagian kerusi antara rakan PR sebelum ini menjadi isu setiap kali pilihan raya umum sebagaimana PRU13 lalu.


“Pembahagian kerusi pada PRU13 lalu menjadi bebanan kepada Pas kerana tenaga PKR muncul pada pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Dalam erti kata lainnya, sepanjang tahun sebelum Pilihan Raya, PAS la yang dok sibuk buat jalan tapi PKR hanya datang dengan muka yang tak malu, mengaku kata diorang pun buat kerja.

Kiranya bagi PAS, diorang anggap diorang yang buat kerja macam setengah nak mati, sedangkan PKR tak buat apa - apa pun. Jadi, bagi diorang tak adil la PKR nak buat tindakan macam tu.

Tapi itulah yag membuktikan bahawa PKR ni jenis orang yang bijak. Diorang bijak mempergunakan orang lain demi untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri.

Tinggal lagi, puak - puak Lebai PAS tu yang nak mem-BODOH-kan diri dia sendiri siapa yang suruh? Yang diorang BODOH sangat nak berkawan dengan PKR tu pasal apa? Sendiri yang cari penyakit, sendiri tanggung la!!! Jangan la nak meroyan tak tentu pasal pulak!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. semuthitam macai umno

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi macai UMNO tak apa, kerana UMNOlah org Melayu jadi Tuan, agama terpelihara negara maju dan hidup selesa, itu oun kamu tak boleh berfikir, masehlagi nak mengutuk.

      Padam
  2. Lembu mmg la kena buat keje lebih. Lembu kan takde otak kihkihkih

    BalasPadam
  3. leave thats and regroup again bro.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping