Isnin, Julai 20, 2015

Sokongan terbuka Rafizi Ramli kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) sebuah parti yang dibentuk pemimpin progresif PAS, akan memberi kesan kepada imej Setiausaha Agung PKR itu sendiri, demikian menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Ujar Iskandar yang juga Naib Presiden PAS, parti Islam itu tidak akan terjejas dalam apa jua segi pun hasil daripada kenyataan Rafizi itu.
"Saya rasa masalah dari segi kesan kepada PAS sama ada dia hendak menyokong GHB atau tidak, saya rasa tiada kesan yang minima, hanya reputasi dia sebagai seorang pemimpin nasional bahawa dia seorang pemimpin kebangsaan, apabila dia lakukan sedemikian, dia sedikit sebanyak telah menghakiskan reputasi dia," kata Iskandar ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari raya Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor 2015, sebentar tadi.
Iskandar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka berkata, sewajarnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi perlu mencerminkan kredebiliti sebagai pemimpin rakyat dan tidak semata-mata atas kapasiti sebagai ahli politik.
"Saya rasa kita di dalam menjadi pemimpin politik, kita perlu jadi seorang negarawan juga, bukan hanya memikirkan politik tetapi perlu memikirkan kita sebagai pemimpin rakyat.
"Mungkin oleh kerana beliau tidak duduk di dalam mana-mana kerajaan, jadi mungkin beliau kurang faham akan perkara-perkara dari segi sensitiviti atau perjalanan pentadbiran," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR itu baru-baru ini yang menyatakan sokongan secara terbuka terhadap penubuhan parti baru itu sambil mengalukan iltizam GHB untuk terus berjuang menentang Umno-BN.

Menurut Rafizi, sokongan tersebut dibuat berdasarkan rekod mereka yang menyertai GHB adalah daripada Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang teruji menentang Umno-Barisan Nasional (BN).
Categories: ,

2 ulasan:

  1. ADUN cempaka patutu lihat maksud yg pandan... pkr pun reject pas
    Pas patut mengadap sultan utk jawatan mb atau bubar dun Selangor

    BalasPadam
  2. DIA GURAU JER TU.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping