Isnin, Julai 06, 2015

Heh! Kalau kita cerita pada budak sekolah tadika pun dah tentu - tentu diorang jugak akan anggap tindakan PAS ni sebagai satu bahan lawak jenaka yang memang tahap Maharaja Lawak.

Mau berguling - guling budak sekolah tadika tu gelak bila dia dengar cerita kata puak - puak PAS tu bakal mengambil tindakan undang - undang terhadap Rejim DAPigs di Pulau Pinang tu.

Susulan tindakan DAPigs Pulau Pinang memecat wakil PAS dari pentadbiran Negeri, PAS hari ini tampil memaklumkan mereka akan menyaman Rejim Negeri atas pemecatan wakil parti Islam itu.

Pemecatan itu berlaku sejurus selepas DAPigs mengumumkan bahawa Pakatan tidak lagi wujud selepas PAS membawa usul putus kerjasama dengan DAP dalam Muktamar yang berlangsung bulan lalu.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang 0 undang tersebut kerana mendakwa tindakan Rejim DAPigs itu tindak mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Sebaliknya dia menganggap tindakan memecat wakil PAS tu hanya dilakukan atas dasar kegelojohan hawa nafsu dikalangan pemimpin - pemimpin DAPigs tu sendiri untuk mentadbir negeri.
"Kami tak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosuder operasi standard, tetapi mereka ini suka hati pecat wakil kami tanpa kemukakan sebarang alasan," kata Fauzi.
Fauzi turut memberi amaran kepada DAPigs yang memecat wakil PAS dari Rejim Negeri agar jangan terlalu berlagak sombong dan angkuh dengan mandat yang telah diberikan untuk mentadbir Pulau Pinang.

Tambahnya, DAPigs perlu ingat bahawa peluang mereka untuk mendapat kuasa mememerintah di Negeri itu adalah hasil usaha penyokong PAS yang menyokong mereka sebelum ini.
"Mereka baru mentadbir negeri ini dua penggal tetapi sudah kecoh. Jangan ambil mudah dengan Pas kerana kami pun orang politik juga. Jangan ingat mereka boleh buat sesuka hati, apa-apa pun mereka kena fikir dulu risikonya," kata Fauzi.
Tinggal lagi, kita nak tengok la jugak sejauh mana puak - puak PAS ni berani nak ambik tindakan undang - undang tu terhadap Rejim DAPigs di Pulau Pinang tu. Kalau setakat bercakap je lebih, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. PAS MENDEDAHKAN RANCANGAN DAP JADIKAN MALAYSIA SINGAPURA KEDUA

    Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mendedahkan agenda ‘cauvinisme’ Cina DAP yang dilihat cenderung mahu membentuk ‘Singapura Kedua’ di Malaysia.

    Ahmad Amzad dalam satu kenyataan berkata, sikap angkuh dan gelojoh DAP dalam mencapai cita-citanya itu semakin jelas apabila parti itu menolak PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat (PR).

    “Perpecahan ini sedang dituai dengan rakus oleh DAP. Mereka angkuh dan gelojoh dalam menjayakan agenda cauvinis menguasai negara agar cita-cita sebuah lagi Singapura segera dicapai”, katanya.

    Ahmad Amzad juga mempersoalkan langkah agresif DAP menarik ahli dari kalangan bukan Melayu menyertai parti itu.

    “DAP sedang dengan agresif mendaftar masyarakat bukan Islam sebagai pengundi untuk menguasai negara. Mereka juga ambil orang Melayu agar bila perlu, mereka ada calon untuk jadi menteri besar di negeri negeri bersultan.

    “Tentu sekali (mereka) Melayu yang patuh pada agenda DAP seperti Zairil atau Nizar Jamaludin,” ujar Ahmad Amzad.

    Kemelut yang mencengkam Pakatan Rakyat semakin meruncing apabila DAP mula memulaukan PAS terutamanya di Sabah dan Sawarak.

    Keadaan semakin memburuk apabila PAS dalam Muktamar Tahunan ke-61 di Kuala Selangor pada Jun lalu menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama agar PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

    Ia ekoran tindakan DAP mengisytiharkan ‘perang senyap’ dengan memutuskan hubungannya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan isu PAS ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan.COPY PASTE MYMASSA.BLOGSPOT

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping