Kalau la pemimpin - pemimpin dikalangan Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu ada sifat bertanggungjawab dan nak sahut seruan untuk letak jawatan, kira bertuah sangat la hidup ni.
Walhal semua orang dah tau yang diorang ni semuanya berjuang demi menjaga kepentingan dan kedudukan Politik Peribadi diorang sendiri je. Jadi, nak harapkan diorang lepaskan jawatan?
Mimpi je la!!! Bak kata orang tua - tua, ibarat macam Pungguk Merindukan Bulan la nampak gayanya. Tunggu sampai Si Guan Eng masuk Islam pun belum tentu lagi diorang akan lepaskan jawatan.
Hakikatnya, pemimpin dikalangan Geng Haprak Baru yang diterajui oleh Si Mat Sabu tu semuanya jenis yang takde Telor Belaka! Diorang ni jenis manusia yang pandai bercakap, tapi BACUL nak ambik tindakan sewajarnya. Jadi, tak usaha buang masa nak desak benda yang bukan - bukan!!!
SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Anggota Parlimen dari PAS yang berhasrat meninggalkan parti bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih dahulu, kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.
Beliau berkata, ini kerana kerusi berkenaan ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS.
"Mengapa terlalu lama untuk isytiharkan diri keluar dari PAS?. Kenapa perlu berselindung?," katanya dalam kenyataan mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Khamis yang menyebut tiga wakil rakyat Selangor dikatakan menjadi sebahagian daripada GHB.
Adun Morib, Hasnul Baharuddin; Adun Hulu Klang, Saari Sungib; dan Anggota Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud, dilapor berkata, mereka adalah sebahagian dari GHB yang diuar-uar akan menggantikan PAS dalam Pakatan Pembangkang.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas.
GHB yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat selepas DAP dan PAS memutuskan hubungan. Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.
Mohd Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata, PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat berhubung tindakan yang bakal diambil terhadap wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.