Jumaat, Julai 24, 2015

Itu persoalan yang timbul apabila membaca pendedahan yang dibuat oleh Bekas Eksekutif Petrosaudi ni. Yang kita nak tau, siapa yang menawarkan dia duit sebanyak itu dan untuk apa?

Menurut pendedahan yang dibuat oleh Xavier, dia telah ditawarkan sejumlah wang yang cukup banyak bagi menyelewengkan maklumat sewaktu mengadakan pertemuan di Singapura.

Dan setahu kita, mereka yang didakwa pernah pergi ke Singapura berjumpa dengan Si Xavier ni antara lainnya ialah Si Tony Puaka yang ketika ini ditahan dari pergi ke luar Negara.

Maka persoalannya, adakah Si Tony Puaka tu yang terlibat dalam tawaran sebanyak RM 7.6juta tu kepada Si Xavier untuk menyelewengkan maklumat berkaitan dengan isu 1MDB ni?

Apa yang jelas dari pendedahan yang dibuat, ternyata ada pihak yang sengaja nak memutar belitkan isu berkaitan dengan 1MDB ni untuk memenuhi agenda mereka memburuk - burukkan pihak Kerajaan. Dalang tu perlu dicari, kemudian kita sebat dia ramai - ramai!!!
BANGKOK: Warga Swiss, Xavier Andre Justo mendakwa dia dijanjikan AS$2 juta (RM7.6 juta) sebagai pertukaran dengan data yang diambil daripada bekas majikannya PetroSaudi International.

Justo, yang kini dipenjara di Thailand berkaitan cubaan memeras ugut bekas majikannya memberitahu The Straits Times dalam satu temu bual di penjara bahawa dia tidak pernah dibayar apa yang telah dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka Malaysia.

Justo mendakwa perjanjian dicapai di Singapura pada Februari berhubung penjualan dokumen-dokumen, diikuti perbincangan panjang tentang bagaimana wang itu akan dibayar kepadanya.

Kumpulan orang yang ditemuinya di Singapura untuk berunding tentang penjualan data itu telah dinamakan dalam pengakuan 22 muka surat Justo yang dibuat kepada polis Thailand. Dia menunjukkan salinan pengakuan itu kepada The Straits Times.

"Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura, untuk mendapatkan wang yang dibayar secara terus dari akaun (pembeli)," kata Justo.

"DBS Bank menolak, saya tidak tahu mengapa. Selepas itu saya membuka akaun di Abu Dhabi dengan nama saya sendiri di mana ia telah ditolak oleh (pembeli) kerana akaun itu atas nama saya."


"Kemudian saya cuba menggunakan akaun syarikat saya di Hong Kong dan beliau berkata perkara yang sama, selepas itu melalui syarikat Luxembourg dan sekali lagi (pembeli) enggan dan selepas itu Clare Brown mengetuainya," katanya.
Categories:

3 ulasan:

  1. nak bayar berapa apa kaitan dgn maklumat tersebut...yg rakyat nak tau...maklumat tu betul atau salah...

    BalasPadam
  2. TPPA.........www.janganjualnegara.com................sdr semangat perjuangan harmoni....................bahalol,xpdc...................Apakah penghinaan & pengkhianatan yg lebih besar drp usaha menggadaikan kedaulatan Melayu & bumiputera kpd kuasa imperialis & kapitalis Amerika-Yahudi menerusi TPPA?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping