Jumaat, Julai 31, 2015

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil semua ketua Umno bahagian ke kediaman rasminya untuk sesi taklimat berhubung perkembangan politik semasa negara, petang Jumaat.

Mereka yang dijangka hadir pada perjumpaan pada pukul 5.30 petang di Seri Perdana, Putrajaya itu termasuk tujuh Menteri Besar dan dua Ketua Menteri. Difahamkan Najib mahu memaklumkan beberapa isu semasa susulan rombakan Kabinet dan pelantikan Peguam Negara yang baharu.

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Mohamed Hasan berkata, perjumpaan itu sememangnya kena pada masanya.

Menerusi sesi itu, pemimpin Umno di peringkat negeri akan memperoleh maklumat tepat berhubung isu yang berbangkit kebelakangan ini. Seorang lagi ketua Umno bahagian berkata, beliau sememangnya mahu menghadiri perjumpaan itu.
"Apa yang saya tahu mengenai rombakan Kabinet, ia hanya daripada media. Kami mahu mendengar daripada mulut Perdana Menteri sendiri. Kami juga ada soalan kepada PM," katanya.
Beliau menambah, perjumpaan seumpama itu memang perlu apabila sesuatu yang 'besar' berlaku, terutama apabila rombakan ini membabitkan dua pemimpin utama Umno.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal kini tidak lagi menganggotai Kabinet. Rombakan itu melibatkan pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Ia rombakan secara besar-besaran  yang memberi kesan kepada akar umbi. Saya percaya PM akan menyuarakan pandangannya untuk disampaikan kepada ahli," kata ketua Umno bahagian itu.
Bagaimanapun, mesyuarat itu juga menimbulkan spekulasi di kalangan pemimpin Umno bahawa presiden parti mungkin akan menggantikan beberapa pengerusi badan perhubungan Umno negeri walaupun beliau tiada alasan untuk berbuat demikian.

Alasannya adalah Najib mahukan pemimpin yang boleh dipercayai  untuk mengendalikan jentera parti peringkat Negeri. Perjumpaan itu diatur selepas pembatalan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno untuk meredakan situasi selepas rombakan Kabinet pada Selasa.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. ADAKAH AKU PENGKHIANAT KEPADA NAJIB..ATAU NAJIB MELANGGAR SUMPAHNYA DENGAN KU

    BalasPadam
  2. HARAP SEMUA PIHAK DAPAT MENILAI SENDIRI DENGAN SEJUJUR JUJURNYA...DAHULUKAN KEPENTINGAN NEGARA DAN BUKAN MEMBELA INDIVIDU....KITA SENDIRI TIDAK TAHU SIAPA YANG BENAR...NAJIB ATAU TSM

    BalasPadam
  3. Marah aku pada Najib satu saja . Dia hapuskan ISA . Tu sebab golongan yg ingin huru harakan negara ini besar kepala .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping