Bahana Politik Songsang! Inilah akibatnya bila kerakusan nafsu serakah tidak dibatasi dengan akal yang waras dan iman yang mantap. Penyudahnya, habis semua porak peranda belaka.
Bila Si Suami mula Gila Kuasa dan nak menjaga kepentingan Politik Peribadi, Si Isteri pulak yang terpaksa tanggung derita diatas nafsu serakah Si Suami yang tak mampu nak dibendung.
Jika kita baca kenyataan serta pengakuan yang dibuat sebelum ini, maka memang sah sumpah Bai'ah dikalangan pemimpin - pemimpin PAS itu wujud dan bukan hanya sekadar omongan kosong.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS sebelum ini, Sumpah Bai'ah yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu bukan satu perkara yang boleh dipermain - mainkan.
KOTA BHARU – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob mengesahkan adanya sumpah bai’ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.
Menurutnya, akuan sumpah itu diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Pas Kelantan yang mahu meninggalkan parti tersebut.
“Bai’ah itu memang betul. Seperti yang dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan (Datuk Daud Muhammad), perkara ini bukan main-main,” katanya.
Beliau diminta mengulas isu sumpah bai’ah yang didakwa dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan yang kini tersebar di aplikasi WhatsApp.
Menurut Daud, mana-mana individu yang melafazkan sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.
Ketika ditanya adakah perkara tersebut berkaitan dengan talak kepada isteri, Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia seperti yang terkandung dalam akuan sumpah berkenaan.
Jadi, jangan heran la kalau selepas ini ramai isteri - isteri dikalangan Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu akan menjadi Janda, dicerai secara paksa oleh Si Suami yang Gila Kuasa. Dah satu kerja pulak PAS kena jadi Badan Kebajikan jaga Janda - Janda yang ditinggalkan nanti!!!
Tak masalah ni! Pakat sesama mereka untuk tukar isteri dikalangan mereka setelah talak tiga.
BalasPadamUntuk kebanyakkan mereka, mereka cuma amalkan nikah mutaah dah setel!
Mereka cuma perlu guna amalan Syiah dah ok dah.
Itu parti PAS kalau parti UMNO pulak pemimpin gila kuasa rakyat merana.
BalasPadamJanda Kematu. .waste time only
BalasPadamBut u see up there so cute. Kami menanggap suami kami dah mati shahid pergi berperang.angkat la kami harta peninggalan perang ni ngok betil la ko ni.
Padam