Nampak gayanya, Geng Haprak Baru yang diketuai oleh Si Mat Sabu ni semakin ketandusan idea untuk melepaskan diri mereka dari sumpah Bai'ah yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum yang lepas.
Asakan demi asakan datang dengan desakan supaya mereka yang terlibat melepaskan jawatan serta bertindak keluar dari parti dengan cara yang terhormat. Tapi, semuanya BACUL belaka.
Sehingga hari ini, kejantanan pemimpin - pemimpin Geng Haprak Baru yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu masih Kecut Buah Kerandut mereka untuk mengambil tindakan sedemikian.
Maka hari ini, mereka mula mempersoalkan mengenai isu sumpah Bai'ah yang dibuat oleh PAS sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu dengan mendesak Majlis Fatwa mengambil tindakan.
Penganalisis politik dan blogger, Shahbudin Husin dalam entri terbarunya menyatakan Pas harus sedar ia hanya sebuah parti politik yang berselimutkan agama dan terdedah kepada perbuatan khianat dalam perjuangannya.
“Sudah sampai masanya Majlis Fatwa mengeluarkan hukum yang jelas mengenainya dan melarang ia terus digunakan oleh Pas.
“Selain merendahkan nilai Islam dan menjadikan kaum wanita boleh ‘dilambung atau dihempas’ atas pertimbangan politik, ia juga menjadikan Pas seolah-olah sentiasa betul dan terkecuali daripada melakukan pengkhianatan,” tulis Shahbudin.
Tulisnya, isu bai’ah diketengah pada masa kini antara lain sekadar untuk menakut-nakutkan golongan profesional dan progresif agar jangan meninggalkan atau keluar daripada Pas serta membatalkan hasrat menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Hakikatnya, sejak dari dulu lagi PAS ni telah mempergunakan Islam demi untuk memenuhi agenda kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Takkan baru hari ini diorang baru sedar mengenainya?
Malah sampai tahap PAS sanggup mengeluarkan fatwa sendiri dengan mengkafirkan sesama Islam hanya kerana tidak menyokong dasar perjuangan Politik yang mereka bawa selama hari ini.
Perkara tu sejak dari dulu lagi orang dah bangkitkan. Sejak dari awal penubuhan PAS lagi ianya telah menjadi bahan pertikaian. Tapi kena sekarang baru ada dikalangan mereka nak ungkit semula?
Hanya sebab ianya menjadi halangan kepada Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu nak ambik tindakan 'Anak Jantan' baru diorang sanggup bukak pekung didada sendiri? Nampak sangat la selama hari ini mereka yang jadi pengikut PAS tu Buta Mata Hati belaka!!!
islam tu mudah hek..baiah2 camtu ja pun leh buat penganutnya terkekang dari...?....
BalasPadamada satu cerita sorang budak lewat sembahyang sebab leka cari sikat yg hilang kat rumah.nak selesai masaalah mempermudah2 solat tu..oots,botakkan kepala he he
mudahnye kan.pas kena belajar dan mentor terbaik bn ha ha ho ho
islam itu indah dan mudah...manusia je yg mbuatkan jd susah...jgn gunakan agama untuk kepentingan sendiri..kelak memakan diri..
PadamMat sabu patut masuk hutan jd komunis. Rejimen ke 10 PKM tak ada ketua la ni. Dlm hutan byk mknan sbb dia sanggup mkn babi, dia jgk boleh bersuana spt beruk/ungka. Senang nak mkn buah.
BalasPadamKafir yang dimaksudkan pas tu barangkali kafir dari segi sikap/perbuatan saja yang menyamai sikap orang kafir (dalam islam orang yang menuduh tak jatuh kafir), cuba bezakan sikapnya dengan sikap orang kafir..walaupun bukan semua sama tapi..ada juga yang sama kan. So..itu dikira fatwa sendiri ke?? Dan..fikir lah secara positif..takkanlah orang bebaik nak calar imej Islam sendiri dan maruah diri konon apa yang dikata salah dan tak betul dan jugak takkan semua nak cakap sebab reason apa dia keluar kan kenyataan kafir..dengan menyebut satu persatu sikap nya..tersinggung lah pulak nanti orang kafir yang bergabung dengan depa tu.. Walau bagi mana pun aku tetap tak sokong depa bergabung..macam munafik..macam jer..bukan betul²..hakikat aku tau agenda pas lain..sesuatu yang positif mengajak orang kafir depa ke arah penerimaan Islam..so percubaan yang berani tanggung..hasil nya sekarang..org kafir depa lagi terkedepan menggunakan depa..hakikat pas tak simpan niat nak gunakan depa untuk naik atas dan bukan tu alasan depa bergabung..tapi orang kafir depa tu ya.. Jelas sangat. So, itulah orang kata..jangan fikir satu sudut aje..dari sudut yang lain fikir juga..tentang apa kesannya..dah sekarang itu kafir sudah banyak besar kapla.
BalasPadamDulu ustaz mengatakan lafaz cerai tak boleh buat main. Samada dengan niat atau tidak , tetap akan sah talak nya. Kecuali hilang akal tau paksaan.
BalasPadamOrang pas ni kena paksa ke?. Boleh tolak kan?. Cuma tak jadi yb je . Bukannya mati. Atau masa tu ahli pas ni hilang akal? Ade ke?.