Jumaat, Julai 24, 2015

Dewan Ulama Pas Pahang menyifatkan parti serpihan Pas, Harapan Baru yang dinaungi bekas-bekas pemimpin parti itu tidak akan mampu bertahan lama dengan prinsip ‘makhluk dua alam’.

Ketuanya, Mokhtar Senik yakin bahawa pemimpin-pemimpin itu akhirnya terpaksa kembali mendukung perjuangan asal Pas.
“Saya lihat jika Harapan Baru muncul sebagai parti politik Islam kedua selepas Pas, ia tidak akan dapat berkayuh sejauh mana dalam gelombang politik tanah air. Akhirnya mereka terpaksa kembali menjadi Pas yang mendukung semua prinsip ajaran Islam atau terpaksa menjadi parti sekular juga seperti DAP dan lain-lain parti sekular.
“Mereka tidak akan dapat bertahan lama dengan menjadi ‘makhluk dua alam’. Satu sisi bercakap sebagai parti Islam dan satu sisi yang lain bercakap sebagai parti sekular’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Meskipun begitu, namun beliau tetap menaruh harapan agar pemimpin-pemimpin yang tewas ini kekal bersama Pas.
“Saya tetap meletakkan harapan agar kepimpinan yang tewas itu kekal bersama Pas. Mendukung prinsip perjuangan Islam sebagaimana sebelumnya.
“Berjiwa besarlah sebesar nama anda di persada politik negara. Jangan tunaikan apa yang dikehendaki oleh musuh Islam,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyentuh soal sikap DAP yang mahu menuntun Pas lari dari berpandukan al-Quran dan Hadis.
“Umum telah mengetahui DAP tidak menyenangi Pas kerana dasar dan pendekatan Islam yang dijunjung oleh Pas. Ketegasan Pas dalam mempertahankan prinsip Islam dirasakan oleh DAP sebagai penghalang kepada gerak kerja PR.
“Mereka mahu Pas melangkah bersama mereka tanpa mempedulikan hukum-hukum yang termaktub dalam Islam. Kalau boleh mereka akan lebih selesa jika Pas mengubah dasarnya kepada pendekatan dan sikap yang lebih liberal. Mengekalkan nama Islam tidak mengapa asalkan pendekatan Pas dapat dibebaskan dari terikat pada hukum al-Quran dan Hadis,” katanya.
Menurutnya lagi, bagi mencapai hasrat itu, DAP memerlukan barisan kepimpinan Pas yang boleh bertolak ansur dalam soal hukum dan prinsip agama.
“Individu tertentu dalam barisan kepimpinan Pas yang sudah sedia memiliki aliran pemikiran tersebut perlu didekati dan diberikan sokongan oleh DAP.
“Manakala mana-mana pemimpin Pas yang dilihat ortodoks pada penilaian mereka perlu disingkirkan daripada kesebelasan kepimpinan Pas. Dari situlah kita dapat lihat tindakan-tindakan biadab dilakukan oleh DAP.
“Antaranya, mengisytiharkan putus hubungan dengan Presiden Pas, tetapi tidak dengan Pas. Sebenarnya, tidak dengan individu tertentu yang sealiran dengan DAP,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau mendakwa usaha memecahkan Pas dengan mewujudkan parti serpihan diteruskan selepas barisan kepimpinan yang lari daripada perjuangan asal itu tewas dalam pemilihan Muktamar Pas lalu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping