Selasa, Julai 21, 2015

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan mahu kepimpinan DAP tampil dan menafikan pertemuan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo di Singapura. 

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata persoalan yang paling besar ialah apakah kepimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang mahu ke depan dan mengaku bahawa Pua tidak terlibat sama sekali sama ada berhubung, berjumpa ataupun mengarahkan seseorang untuk berhubung dengan Justo. 
"Soal teknikal Pua jumpa Justo atau tidak, itu tidak penting. Itu biar pihak polis yang menentukan nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di sini, Isnin.
Abdul Rahman mengulas dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.

Laporan menyebut bahawa pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, kerajaan perlu membuat pendirian berhubung laman web dan portal berita yang melaporkan pembohongan dan isu kontroversi.

Ketika mengulas sama ada laman web Sarawak Report perlu ditutup kerana melaporkan dakwaan berlaku rasuah melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menteri itu berkata kerajaan mesti mengambil tanggungjawab tentang nasib laman web itu.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. TEKTIK KOMUNIS......BUAT KACAU BILAU..... BUAT HURU HARA.
    INGAT LOW YAT.....INGAT CINAPEK.

    BalasPadam
  2. Kerajaan ada berani ke nak tangkap,dakwa dan jatuh hukum...kalau betul bersalah..cina sial patut diLUCUTKAN KEWARGANEGARAAN MALAYSIA...ADA BERANI.

    BalasPadam
  3. Jika ada bukti kukuh tindakaan undang boleh diambil dibawah kanun keseksaan menderhaka kepada yang dipertuan agong dan lain lain kanun jenayah bukan lucut kerayatan kerana mereka ada hak dibawah Perlembagaan yang menjamin hak wagra negara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping