Biasanya orang kata, kalau pergi ke Bangkok ni, banyak benda yang boleh 'Bergegar'. Tak pasti la apa yang dimaksudkan. Tapi, kalau tengok gambar, memang 'Bergegar Iman' dibuatnya.
Namun laporan berita malam semalam, Bangkok memang benar - benar bergegar apabila letepun bom berlaku di Ibu Negara Thailand sehingga mengakibatkan ramai yang mati dan tercedera.
Letupan ditu ipercayai berpunca dari sebutir bom yang meletup di sebuah kuil di tengah-tengah Bangkok pada Isnin, meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa dan mencederakan beberapa orang yang lain.
Kejadian berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan , kata polis Thai. Reuters melaporkan beberapa agensi media tempatan berkata seramai 27 orang terkorban manakala 78 lagi cedera.
Beberapa cebisan tubuh mangsa turut dilihat bertaburan di lokasi kejadian yang berlaku di hadapan sebatang jalan di luar Kuil Hindu Erawan, dalam daerah Chidlom di tengah-tengah ibu kota Thailand itu.
Letupan turut merosakkan beberapa kereta dan motosikal. Peniaga ditepi jalanan sepanjang jalan itu juga turut dipercayai menjadi diantara mangsa dalam kejadian letupan tersebut.
“Saya boleh sahkan ia adalah sebutir bom, namun tidak dapat dipastikan jenis bomnya, kami (polis) sedang menjalankan siasatan,” kata jurucakap polis Leftenan General Prawut Thavornsiri kepada AFP awal kejadian tadi.
Sementara itu ketika dihubungi Pegawai Perhubungan Keselamatan Kedutaan Malaysia di Bangkok, ACP Fauzi Khan Ismail memaklumkan kepada Astro AWANI jumlah kematian berkemungkinan meningkat berikutan kawasan tersebut adalah pusat tumpuan pelancong.
Menurut Fauzi lagi, maklumat awal kematian berkemungkinan mampu mencecah sehingga 15 orang dengan lebih 70 yang lain cedera. Dipercayai hanya sebutir daripada tiga bom yang diletakkan berjaya diletupkan.
Turut ditutup, kawasan di dalam lingkungan radius 500 meter dari kawasan letupan. Pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada rakyat Malaysia antara mangsa dalam kejadian itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.