Sikap penganjur perhimpunan Bersih 4 menjemput parti Islam itu pada saat-saat akhir seperti terdapat agenda tersembunyi, kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
Nik Abduh juga sudah memutuskan PAS tidak akan menyertai perhimpunan itu atas sebab masalah dalaman yang dihadapi dengan pembangkang serta objektif perhimpunan Bersih 4 yang didakwanya menyimpang.
Selain itu, Nik Abduh juga turut membuat dakwaan bahawa terdapat didalam kalangan penganjur perhimpunan tersebut yang masih lagi mempunyai sikap negatif terhadap mereka.
"PAS tidak sertai demonstrasi (perhimpunan haram Bersih 4) sebab krisis dalam pakatan pembangkang, dan kita melihat ada dalam kalangan penganjur Bersih ini bersikap pesimis dan negatif terhadap PAS," katanya dalam akhbar milik Umno itu.
Melihat keadaan tersebut maka Nik Abduh menegaskan bahawa PAS wajar bersikap berhati - hati, lebih - lebih lagi apabila terdapatnya penglibatan puak - puak GHB dalam perhimpunan itu.
"Kedua, kita lihat Bersih tidak seperti dulu. Dulu walaupun PAS bukan diberi peranan utama tetapi kita dipanggil untuk berbincang dari awal, tetapi kali ini dipanggil pada saat-saat akhir.
"Tambahan pula di belakang itu ada Gerakan Harapan Baru, jadi kita perlu berhati-hati," katanya. PAS setuju demonstrasi, malah kita sudah buat banyak demonstrasi secara aman di negara ini untuk menuntut keadilan demi rakyat.
"Namun kali ini kita tidak menyertainya, kita mengelak daripada berlakunya provokasi ketika perhimpunan ini berlangsung.
"Di sebelah kita ada unit Amal, manakala di sebelah sana ada Arif (pecahan unit Amal yang menyertai GHB), kita bimbang berlaku pertembungan dan provokasi di antara kedua-dua pihak ketika demonstrasi tersebut,” katanya.
Namun, Nik Abduh berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4 kerana mereka bersetuju dengan asas penubuhan Bersih sebelum ini. Tapi hakikatnya, PAS takut kena kencing! Maka sebab itu diorang tak nak turut serta!!!
Apa matlamat bersih ni ... kalau tidak ada keadilan kerana berlaku penyelewengan dalam pilihanraya sepatutnya suruhanjaya pilihanraya yg patut dipersalahkan bukan kerajaan. Dah tiba masa suruhanjaya pilihanraya menggunakan biomentrik supaya lebih telus lagi saringan pengundi.
BalasPadamAji punya cermin mata hitam cap rainbow, night vision boleh tembus baju seluar punya. Tapi yang diharap tak datang. Tapi aji mesti ingat,ambiga juga cap rainbow.
BalasPadam