Khamis, Ogos 27, 2015

Sebelum ini kita dengar bahawa gerombolan kecewa dalam PAS ini berhasrat mahu menubuhkan parti baru yang kononnya mahu perjuangkan Islam juga selepas GAGAL merampas PAS dalam pemilihan parti Jun lalu.

Mereka dikatakan akan mengambil-alih sebuah parti yang sedia ada dan akan mengerakkannya sebagai parti baru yang “DAP friendly” yang akan bersaing secara terbuka dengan PAS.

Ke arah itu mereka pada ketika ini sedang mengerah dan menggerakkan agar seluruh penyokong - penyokong mereka meletakkan jawatan dalam PAS secara beramai - ramai.

Satu demi satu kawasan dan cawangan-cawangan PAS akan lumpuh dakwa mereka dan apabila itu berlaku, dan sejurus usaha mereka menghidupkan sebuah parti berjaya, kesemua mereka akan berbondong menyertai parti baru itu.

Ghairah sungguh mereka menjelajah seluruh negara bagi mencapai matlamat ini walaupun banyak pihak sangsi dengan keupayaan mereka. Ramai mengatakan parti yang diasaskan oleh orang-orang yang kecewa ini keseudahannya nanti akan kecewa juga dan terbengkalai begitu sahaja.

Tiba-tiba hari ini The Star Online melaporkan rungutan Setiausaha Agung Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) iaitu Azmi Othman yang mendakwa kumpulan kecewa ini yang menamakan diri mereka Gerakan Harapan Baru (GHB) sedang berusaha mengambil-alih parti mereka tanpa pengetahuan beliau dan Presiden partinya.

Dan bukan itu sahaja, Azmi mendakwa terdapat penipuan yang dilakukan oleh pihak tertentu yang dikatakan telah menyerahkan minit mesyuarat palsu parti beliau ke pihak Pendaftar Pertubuhan ROS.

Pihak yang mendakawa diri mereka profesional dan kononnya amanah kini terlibat pula dengan kerja-kerja merampas sebuah parti yang sah dengan cara yang amat buruk dan memalukan.

Kalau benar dakwaan Azmi ini sebagaimana laporan polis yang beliau buat, ini satu petanda buruk buat pemuka-pemuka GHB. Sudahlah kerusi DUN dan Parlimen yang dimenangi atas tiket PAS mereka rampas dan bawa lari tanpa peduli, kini parti pun mereka mahu “hijack”!
Categories: ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping