Semuanya hanya kerana keangkuhan Si Menteri Besar Selangor tu menubuhkan syarikat Darul Ehsan Investment Group Bhd (DEIG) tanpa pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Tindakan tergopoh - gapah yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu mula menjadi bahan pertikaian dikalangan ADUN apabila ianya turut melibatkan dana sebanyak RM 6.3 billion.
Dan yang lebih malang lagi, penubuhan syarikat bermodalkan RM 2 ringgit tu juga turut dibantah oleh wakil dari kalangan ADUN Pakatan Haramjadah tu sendiri. Baik PAS, DAPigs mahu pun PKR.
Ekoran dari pelbagai spekulasi yang timbul membuatkan Speaker Dewan Undangan Negeri terpaksa menerima dan meluluskan Usul agar Rejim Pakatan Selangor meneliti semula penubuhan syarikat tersebut.
Katanya, cadangan untuk membentangkan usul tersebut dibuat oleh wakil Geng Haprak Baru dan disokong oleh wakil dari kalangan DAPigs dalam persidangan yang diadakan semalam.
Terdahulu, Si Menteri Besar Selangor tu telah didesak oleh pelbagai pihak, terutama dari Khalid Ibrahim untuk menjelaskan kewajaran penubuhan syarikat tersebut kepada sidang Dewan.
Manakala wakil DAPigs pula mempertikaikan mekanisme yang digunakan oleh Rejim Pakatan Selangor bagi memastikan DEIG tidak berat sebelah dalam menguruskan aset sebanyak RM 6.3 billion itu.
"Tanpa semak dan imbang, kita khuatir akan berlaku kelompangan dan penyalahgunaan wang rakyat sekiranya DEIG tidak berupaya melakukan pelaburan yang diharapkan," katanya.
Namun, sebagai tindakan untuk menegakkan benang yang basah, Si Menteri Besar Selangor tu tetap juga menegaskan bahawa DEIG ditubuhkan bagi membolehkan mereka berniaga disektor - sektor tertentu.
Si Menteri Besar Selangor tu juga dalam penggulungannya semalam turut menegaskan bahawa DEIG tetap berada dibawah Menteri Besar Incorperated (MBI), namun semakan dengan SSM menyatakan sebaliknya. (KLIK SINI)
Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu telah menimbulkan persoalan demi persoalan dikalangan rakyat. Takkan pulak Si Menteri Besar Selangor tu boleh sewenang - wenangnya mempergunakan Dana Rakyat tanpa pengetahuan orang lain!!!
Awak kata caya cap ayam,dua 3 tahun lagi jadi mb lepas ni tak merasa dah ada PAR sukahati i la nak buat apa.
BalasPadamX kan PDRM, SPRM, AG, SSM dan BNM dok diam je kes di Selangor ni, cepatlah buat siasatan supaya ada pencerahan.
BalasPadam