Rabu, Ogos 26, 2015

Herankan? Mungkin inilah dia manusia diakhir zaman. Bila kena pada orang lain, sibuk dia nak kritik sampai tahap dia desak pulak supaya dilakukan siasatan. Bila kena batang hidung sendiri, dia diam pulak.

Ini yang orang tua - tua selalu pesan. Jangan selalu sangat nak sibuk jaga tepi kain orang lain sedangkan kain sendiri pun koyak rabak. Nanti dah terlondeh, yang malu diri sendiri jugak.

Bukan kali pertama ada orang bercerita mengenai kemewahan hidup Si Husam Musa ni kepada umum. Bahkan bukti yang ada pun cukup banyak. Cuma Si Husam Musa tu sendiri je tak nak mengaku.

Jika selama ini ramai yang mendakwa Si Husam Musa tu menghabiskan duit dengan pergi berulang alik ke luar Negara, jadi kenapa sekarang dia nak pertikaikan mengenai Rejim PAS Kelantan pulak?

Apa yang lebih buruk, tindakan Si Husam Musa tu dilakukan sewaktu Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz masih hidup dan pada ketika dia menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar!

Malah sewaktu banjir melanda Kelantan sebelum ini, Si Husam Musa tu dilihat terlalu 'Mewah' dengan menyewa Helikopter membawa orang itu ini meninjau keadaan semasa pada ketika itu.

Andai kata benar Si Husam Musa ni telus dalam tindakan dia nak menegakkan keadilan, maka seharusnya dia dulu ambik tindakan yang lebih berani. Dia sendiri perlu isytiharkan harta dia. Bukannya sibuk nak menyalahkan orang lain!!!
KOTA BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa meminta supaya pemimpin PAS Pusat membuat semakan terhadap kemewahan pemimpin kerajaan Kelantan.

Husam mempersoalkan mengenai kekerapan lawatan ke luar negara oleh kerajaan negeri dengan mengatakan bahawa garis panduan yang ditinggalkan oleh bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mati tidak diikuti lagi.

Beliau menerusi kenyatannya di Facebook kini tertanya-tanya sama ada pemimpin PAS Pusat memantau apakah yang berlaku di Kelantan walaupun kerajaan Kelantan menjadi buah mulut rakyat mengenai bagaimana mereka menguruskan negeri itu.

"Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Aziz) dari segi kemewahan hidup para pemimpin, kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap," katanya sambil menambah mengenai banyak perkara lain yang sepatutnya dipantau oleh PAS Pusat.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping