Selasa, Ogos 04, 2015

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, N.Balasubramaniam mendedahkan beliau dipujuk oleh pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) supaya meninggalkan pas untuk menyertai pertubuhan itu.

Balasubramaniam juga tanpa bersembunyi turut memaklumkan, bekas pemimpin PAS yang memujuk dia supaya menyertai GHB ialah bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr. Hamzah Jaafar.
Hari ini Hamzah sudah jadi orang nombor satu dalam GHB. Bahkan dia menelefon saya untuk mengajak saya keluar daripada PAS dan menyertai GHB.
Saya jawab, doktor yang perkenalkan PAS kepada saya. Tiba-tiba doktor mahu ajak saya ke jalan yang sesat?” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.
Sehubungan itu, Balasubramaniam menyelar Hamzah yang pernah diberi penghormatan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum sebanyak tiga kali tetapi masih sanggup mengkhianati PAS.

Menurutnya, dia sendiri yang tidak pernah bertanding. dan tidak pernah pun ditawarkan oleh PAS untuk bertanding, tetapi masih lagi tetap kekal bersama dengan kepimpinan ulama parti itu.

Bahkan, Bala juga turut membidas bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof Rawa yang kini Pengerusi GHB Pulau Pinang kerana membawa Islam baharu dikenali sebagai GHB.
"Mujahid sebelum ini marah kepada konsep Islam Hadhari kerana pada beliau Islam hanya satu sahaja tiada yang lain tetapi hari ini Mujahid cuba membawa Islam baharu kepada masyarakat yang diberi nama Islam Progresif," katanya.
Selain daripada itu juga, Bala turut mendakwa bahawa dia telah belajar banyak tentang Islam dan hukum - hukumnya daripada para pemimpin - pemimpin ulama selepas menyertai PAS.

Justeru, katanya, dia berasa cukup kesal kerana ada bekas pemimpin PAS yang lebih rela mempertahankan DAPigs, menghentam kepimpinan Hadi Awang selaku Presiden parti, dan menyokong Setiausaha Agung DAPigs, Lim Guan Eng serta membelakangkan perjuangan PAS!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Saya bekas ahli PKR,dan berhasrat utk menyertai Pas selepas tersingkirnya geng Mat Sabu,tapi kalau Dr.Hamzah dan Mujahid dapat jawab soalan Bala,saya bersetuju utk join GHB.kah,kah,kah...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping