Jumaat, Ogos 07, 2015

Hahaha!!! Pandai sangat nak kritik kerja orang lain sedangkan kerja dia sendiri pun masih Tak Mampu untuk diselesaikan. Sekarang dah tak pasal - pasal je dia pulak yang kena sound.

Hakikatnya, tindakan Si Menteri Besar Selangor ni hanya sekadar membangkitkan kemaluan terhadap diri dia sendiri. Dia hanya setakat memalukan diri dia depan orang ramai.

Elok - elok orang dah mula lupa dengan keLEMAHan dan keGAGALan Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini, dah tak pasal - pasal je orang ramai mula mempertikaikannya semula.

Tanda soal yang masih tertera didahi dia pada ketika ini masih lagi GAGAL untuk dijawab dan ianya kekal menjadi pertikaian dikalangan rakyat. Bila dia nak selesaikan masalah kepimpinan di Selangor?

Sehingga hari ini, perbalahan diantara PAS dan juga DAPigs di Selangor tu masih lagi tidak dapat diselesaikan oleh Si Menteri Besar Selangor ni. Takkan itu pun dia tak mampu nak buat?

Sewajarnya, selaku seorang Menteri Besar, sudah pasti beban itu perlu dia hadapi bagi memastikan pentadbiran Negeri berjalan dengan lancar dan tidak menggugat kebajikan rakyat.

Tapi sebaliknya, beberapa sumber mendedahkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pun sampai hari ini masih lagi tergantung dan tidak berfungsi dengan baik. Jadi, macam mana dia menguruskan pentadbiran?

Dalam erti kata mudahnya, tak payah la Si Menteri Besar Selangor tu nak sibuk menjaga tepi kain orang lain. Sepatutnya dia jaga urusan dalam kain dia sendiri. Ini tidak! Sibuk nak jaga kain orang, kain dia sendiri pun koyak rabak!!!
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegur Menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya ‘duduk diam-diam’ dan tidak mengganggu tugas polis.

Teguran itu dibuat susulan kenyataan Azmin yang mendesak polis berhenti mengganggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“YAB MB Selangor, kalau tak tau hujung pangkal tugas yg @PDRMsia dan @SPRMMalaysia buat, eloklah diam. Jgn pulak nanti mengganggu tugas kami,” tulis Khalid menerusi akaun Twitter.


Azmin pada Rabu lalu berkata, tindakan polis melakukan serbuan dan mengambil keterangan pegawai-pegawai SPRM merupakan cubaan untuk campur tangan terhadap siasatan 1MDB dan perbuatan itu perlu dihentikan segera.
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Adoi..pedihnya Tan Sri KPN...makan dalam tu....apa pon tarok dia chukop2 Tan Sri...

    BalasPadam
  2. MB sudah jadi, nak pulak jadi ketua polis baru senang nak rampas kuasa.

    BalasPadam
  3. Laaa xda point ke

    BalasPadam
  4. Kahkahkah.kes mdb xnk.ulas?mesti xsiar komen ni.kahkahkah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping