Ahad, Ogos 16, 2015

Heh! Nampak gayanya, Si Khalid Ibrahim ni sempat jugak menyindir puak - puak PKR tu bila dia dah menang dalam kes saman fitnah yang telah difailkan terhadap parti tu sebelum ini.

Walaupun Si Khalid Ibrahim tu kata dia menerima permohonan maaf dari Si Siputdin tu sebelum ini, bekas ahli PKR tu juga sempat meluahkan rasa tak puas hati dia terhadap apa yang belaku.

Selain mendakwa bahawa dia kecewa kerana telah ditewaskan oleh fitnah yang disebarkan oleh puak - puak PKR tu sebelum ini, Khalid juga turut melabelkan PKR sebagai sebuah parti Tidak Bermoral.
"Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit," jelas Khalid.
Kata Khalid, tindakan tidak matang yang dilakukan oleh puak - puak PKR tu telah menjejaskan hubungan kerjasama Politik diantara Pakatan Haramjadah sehingga ke hari ini.

Tegasnya, agenda Langkah Kajang itu juga menyebabkan PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai akar umbi yang kukuh telah dipecah-belahkan oleh mereka yang Tak Bertanggungjawab.

Selain itu, Si Khalid Ibrahim ni juga turut menyindir pentadbiran yang diketuai oleh Si Menteri Besar Selangor yang baru tu sehingga tidak mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.
"Penstrukturan Air Selangor masih belum dapat dilakukan dengan lancar sebagaimana sepatutnya, tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan “rentier” yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur," jelas Khalid lagi.
Kesimpulannya, dek kerana kerakusan nafsu nak merampas kuasa, puak - puak PKR tu sanggup lakukan apa saja demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Bukannya diorang peduli dengan nasib rakyat pun!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Sebenarnya BN tak perlu buat apa apa untuk berdepan dengan parti pembangkang . Lama lama mereka akan bergaduh sesama sendiri .

    BalasPadam
  2. Suka fitnah dn buat cerita palsu dn sebar. Tsk selamat mcm ni. Turun bala sebab niat tk baik. Kata bjuang utk rakyat tpi bila bkuasa dpt kerusi siang mlm politik kutuk sana sini.

    BalasPadam
  3. Alahai tan sri berjuanglah untuk bangsa mu ugamamu dan juga negara dengan keikhlasan suppaya diberkati allah. Cariile keberkatan dunia dan akhirat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping