Semalam kita cerita pasal YAB Timbalan Perdana Menteri ni 'Batuk' menyebabkan ramai orang 'Panas Punggung' dan 'Merah Mata'. Tak pasal - pasal je ada yang meroyan tak tentu arah.
Dan yang paling menghairankan kita, mereka yang meroyan tu pulak takde kaitan lansung dengan UMNO. Tapi, diorang tetap jugak 'Terasa Pedas' apabila pendedahan dibuat secara terbuka.
Lewat petang semalam pun, ramai jugak yang meroyan bila mereka 'Tak Jumpa' dengan 'Orang' yang didakwa cuba menjadi dalang menggulingkan Kerajaan tu mengikut pintu belakang.
Puas la diorang tunggu dari petang sampai ke malam. Tapi 'Orang' yang dimaksudkan nak berjumpa dengan Perdana Menteri tu tak kelihatan dikediaman peribadinya seperti yang didedahkan.
Maka tak mustahil sekiranya selepas ini pun ada jugak pihak yang akan meroyan sampai tahap hilang akal bila membaca kenyataan yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri tu.
Apa yang jelas, usaha mereka yang Tak Bertanggungjawab cuba nak melaga - lagakan kepimpinan tertinggi dalam UMNO sudah pasti tidak akan berjaya. Takut nanti, penyudahnya diorang sendiri je yang Gila tak tentu arah!!!
SERI MANJUNG - Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlibat dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO itu berkata beliau mendedahkan perkara tersebut memandangkan beliau dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden UMNO itu.
"Saya terpaksa beritahu di Lumut kerana secara peribadi saya dengan Zambry rapat dengan Tan Sri Muhyiddin.
"Kami (Ahmad Zahid dan Zambry) pernah sama-sama jatuh (dalam politik), jadi kami faham perasaan orang jatuh, jadi kami tidak akan pijak atau henyak orang yang jatuh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung di sini, Ahad malam.
Turut hadir, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak merangkap Ketua UMNO Bahagian Lumut serta Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohammad.
Nak guling macam komunis atau lalu pilihanraya....rakyat nak tahu ni...berapa banyak senjata api musuh ...kita kan ada polis dan askar apa nak takut...kalau setakat berperang kami tak takut...tapi jgn ada adakan cerita..suhu kebencian akan naik...
BalasPadamAkhirnya terpaksa menjana cerita karut marut.
BalasPadam