Wah!!! Bukan main berlagak lagi puak - puak Geng Haprak Baru ni mencabar kepimpinan PAS Pusat ye. Tak henti - henti pulak diorang ni nak mencari keburukkan parti yang menaikkan nama diorang.
Inilah dasar manusia yang tak reti nak mengenang budi. Padahal, parti tu jugak la yang menaikkan nama diorang. Tapi akhirnya parti tu jugak yang diorang khianati dan diperlekehkan.
Semuanya sebab diorang kecewa kerana telah disingkirkan dari kepimpinan PAS Pusat. Diorang kecewa kerana tidak mendapat tempat dikalangan ahli - ahli diperingkat akar umbi.
Hakikatnya, mereka yang kecewa ni bukannya benar - benar beristiqomah dalam perjuangan parti. Diorang bukannya betul - betul ikhlas nak memperjuangkan Islam atau pun menjaga kebajikan rakyat.
Sebaliknya, diorang hanya sekadar berjuang demi menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri. Itu pun dengan menjadi Barua kepada puak - puak DAPigs. Maka sebab itulah diorang sanggup menjadi Pengkhianat dan memburukkan parti sendiri!!!
KUALA LUMPUR - Kumpulan progresif PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) terbuka dengan apa sahaja tindakan yang bakal diambil terhadap mereka, termasuk digugurkan keahlian, demikian menurut Dr Siti Mariah Mahmud.
Namun begitu, Ahli Parlimen Kota Raja itu bertegas sebarang tindakan yang akan ditentukan PAS pada Sabtu ini perlulah berdasarkan lunas perlembagaan parti itu.
"Saya bersedia dengan apa pun kemungkinan. Soalan saya apakah yang paling teruk akan diambil terhadap kita? Mati kan? Adakah mereka nak hukum bunuh terhadap kami?
"Mereka (PAS) kena melalui proses parti, tindakan disiplin di dalam PAS. Mereka tak boleh gugurkan kami dan halang kami begitu sahaja, kena ada perbicaraan iaitu proses keadilan," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Siti Mariah mengulas mesyuarat yang akan diadakan oleh PAS Pusat, Sabtu ini bagi membincangkan tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap kesemua pimpinan dan ahli parti itu yang menyertai GHB.
Doa pecah perut yang dbuat oleh PAS dahulu telah dimakbulkan Allah...
BalasPadam