Selasa, Ogos 11, 2015

Keengganan pembangkang menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengisytiharkan dana politik yang diterima, memang sudah dijangka, malah ia bukan perkara baharu, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled, yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang berkata, pembangkang memang sentiasa bersikap beria-ia dalam membangkitkan sesuatu isu tetapi kemudian tidak berani melaksanakannya.

“Pembangkang memang selalu begitu, banyak perkara yang dia bangkitkan. Selepas itu, bila kerajaan hendak buat, dia ubah pula,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pembangkang semalam bahawa mereka hanya menyahut saranan itu apabila Najib menyelesaikan isu wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam Najib berkata, beliau sedia membentangkan akaun Umno kepada masyarakat umum dengan syarat parti pembangkang turut melakukan tindakan sama.

Sebelum itu, pada perasmian mesyuarat sama di Seremban 1 Ogos lepas, Najib turut mencadangkan agar peraturan yang menghendaki parti politik mendedahkan senarai punca dana politik yang diterima mereka, diwujudkan semula.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, Umno memerlukan dana politik untuk pembiayaan parti bukan sahaja pada pilihan raya tetapi untuk menggerakkan segala aktiviti termasuk kursus dan latihan kepada jentera parti.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping