Heh! Sejak semalam kita peratikan je gelagat dan tingkah laku sesetengah pihak yang dilihat mula 'Panas Punggung' dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri ni.
Kenyataan yang dibuat mengenai kewujudan satu gerakan untuk menggulingkan Kerajaan melalui pintu belakang semalam setidak - tidaknya mampu membuat beberapa pihak mudah melatah.
Apa sebab diorang tiba - tiba je berubah sedemikian rupa sehingga memberikan jawapan yang mampu memburukkan lagi spekulasi dikalangan rakyat? Kenapa cepat sangat diorang nak melatah?
Hakikatnya, dalam kenyataan asal yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri tu, takde pulak dia sebut nama mereka yang terlibat. Dia hanya sekadar memberi kiasan mengenai perkara itu sahaja.
Jadi, kalau mereka yang memberikan kenyataan balas semalam melatah tak tentu arah, menunjukkan seolah - olah ada benda yang tak kena. Kalau diorang tak de buat benda salah, kenapa pulak diorang nak menggelupor tak tentu arah!!! Wat Lek, Wat Pis sudah ler!!!
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan turut didalangi pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Umno.
Beliau berkata rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada anggota Parlimen pembangkang, serta cuba menarik anggota Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'jalan belakang'.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang sangat boleh dipercayai.
"Saya dapat mencium bau ada usaha yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tertentu yang didalangi tokoh-tokoh tertentu juga. Satu usaha untuk mendapatkan statutory declaration (akuan bersumpah) dalam kalangan anggota Parlimen parti pembangkang dan juga cuba menarik anggota Parlimen BN (menyokong mereka) untuk menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'pintu belakang'.
"Saya nyatakan perkara ini serius kerana saya mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang sangat-sangat boleh dipercayai dan usaha ini sedang berjalan, kononnya seluruh 87 anggota Parlimen pembangkang berserta seorang anggota Parlimen Bebas sedang berusaha mendapat sokongan anggota Parlimen BN untuk menyokong mereka," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ampang di sini, Sabtu.
Ptuiiiiii
BalasPadamsiapa yg panas??mana 3 dalang lahad datu??mana bukti3 mat sabu seorang syiah?? si lalang Zahid sembang lebat!! habuk pn xda?? bak kata kuli utk GULINGKAN KERAJAAN perlu ada pasukan tentera pemberontak!! bukan nk tukar kerajaan!! nak tukar JIBBY je!!hahaha!!
BalasPadam#pecatjibby
Aku tak kisah kalau mereka nak suruh Najib bersara tapi mesti gunakan ikut peraturan dan undang undang untuk elak kan negara menjadi tidak stabil . Kalau negara tidak stabil maka jadi huru hara , rakyat jugak yg derita .
BalasPadamNak jatuhkan najib...biar bermaruah!!!
PadamRamai yg dpt dosa percuma angkara nak jatuhkan najib.Tun sanggup menipu utk meyakinkan rakyat.Tsmy sanggup membiarkan najib keseorangan menjelaskan isu sebenar.Sepatutnya perkara tersebut diselesaikan sepasukan bukannya membiarkan najib keseorangan.Kenapa mrk berada dlm satu kabinet tetapi bila ada isu gagal bersama2.
Adakah nak jadi jaguh atau ingin popular di mata rakyat.Atau ada perancangan sulit utk menikam belakang kawan.
Mmg najib bukanlah pm pilihan tambah lagi dgn gaya pasangannya yg bnyk mndpt kritikan rakyat.Tetapi dlm tempoh 6 tahun bnyk yg telah dilakukan oleh beliau dan kerajaan.
Apa2 pun...gunakan saluran yg sesuai semasa pemilihan parti dpd mensaboitaj kerjaya seseorg.
Zahid nak kencing siapa?Mungkin blogger2 upahan cari makan dengan orang kampung yg tak bermaklumat bolehlah termakan auta zahid.Orang bukan nak gulingkan kerajaan tapi nak jatuhkan najib.Jatuhkan najib tapi kekalkan kerajaan BN.Boleh faham tak ni?
BalasPadamHakikatnya ada tokoh umno yg nak berpakat dengan parti2 pembangkang DAN ahli2 parlimen umno/bn untuk mengusulkan undi tak percaya terhadap najib.Apabila najib(bos korang)jatuh maka PM baru akan dilantik.PM yg akan dilantik tetap dari umno/BN juga kerana BN masih parti majoriti yg memerintah.
Usul undi tak percaya ini termaktub di dalam perlembagaan sebagai sebuah negara yg mengamalkan demokrasi.Ianya SAH disisi undang2!Perkara yg sah di sisi undang2 kenapa nak kecoh macam satu kesalahan besar melanggar undang2 pulak?Sekarang siapa yg gelabah?Zahid yg gelabah sebab bos dia dah nak kena guling..bila bos jatuh harapan zahid nak jadi pm pun hancurlah kot...huhuhu
Zahid nak kencing ke tak kencing sapa pun apa kau orang peduli. Dia punya suka. Kamu nak guling najib pun kau punya suka.
BalasPadamJatuhmenjatuh ; merugikan bangsa Melayu org lain sdang menunggu lingkupnya bangsa Melayu, ketika itu mengeluarkan air mata darah pun dah tak berguna lagi.Ingat tu!
BalasPadamIni kes serius.. bukan soal kencing ... suka sangat nak huru hara apa pasal ... dah kuat sangat ke.. semua ada peraturan dan undang2... ikut saja lah
BalasPadamIni kes serius.. bukan soal kencing ... suka sangat nak huru hara apa pasal ... dah kuat sangat ke.. semua ada peraturan dan undang2... ikut saja lah
BalasPadamPembangkang ni x pernahnya mahu ikut undang2, asyik nak ikut jalan belakang jugak. Pelik juga mereka ni yek macam x de etika penghidupan yg baik. Asyik nak membalun hak orang je.
BalasPadamSokong Zahid supaya tegas melaksanakan undang2. Ikutkan pembangkang boleh jadi huru hara dibuatnya.
BalasPadamRamai jenerasi muda bangsa melayu terpengaruh dgn pembangkang,mereka2 ni tak tahu nak berfikir mana intan dn yg mana suasa.kalau sekadar masalah 1MDB sampai nak jatuhkan PM,ibarat 1/9 ,1saja kesilapan PM, tapi 9 daripadanya kebaikan yg dilakukan utk rakyat dn negara, lu fikir lah sendiri,agaknya mereka ni nak sangat rasa zaman huruhara macam yg berlaku di Iraq selepas presdn sadam husen digulingkan sahingga sekarang umat islam disana hidup menderita.
BalasPadam