Kalau dah dasar Muka Penipu tu, maka Penipu la jugak!!! |
Heh! Kesian betul dengan nasib malang yang menimpa Si Siputdin Nasution ni. Dah tak pasal - pasal je dia pulak yang jadi 'Kambing Hitam' dan terpaksa memikul biawak hidup atas bahu dia.
Sebab Si Ketua Penipu tu tak nak bertanggungjawab, maka terpaksa la Si Siputdin tu pulak yang terpaksa hilang kemaluan apabila dia didakwa sebagai seorang yang Kuat Menabur Fitnah.
Jadi, tak heran la kenapa ada blogger Pro PKR meluahkan rasa kecewa dia didalam blog dengan menyatakan bahawa ahli Parti Keluarga Rosak tu ramai sangat 'Lembu' yang dicucuk hidung.
(Artikel Berkaitan: Blogger PKR Bengkak, Parti Kuat Tabur Fitnah!!!)
Salah satu 'Lembu'nya sudah pasti la Si Siputdin ni sendiri. Dia hanya sekadar mengikut arahan orang atasan yang merencanakan agenda 'Langkah Kajang' tu sebelum ini. Tapi dia pulak yang kena.
Sepatutnya, Si Ketua Penipu tu selaku Ketua Umum PKR yang membaca kenyataan permohonan maaf terhadap Si Khalid Ibrahim tu kerana menabur fitnah sewaktu agenda 'Langkah Kajang' tu.
Kalau tidak kerana arahan yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu, takkan pulak Si Siputdin tu nak memandai - mandai tulis sendiri dokumen setebal 91 muka surat tu terhadap Khalid?
Tambahan pulak, kenapa Si Ketua Penipu tu yang menjadi saksi utama dalam kes saman fitnah yang telah difailkan oleh Si Khalid Ibrahim tu terhadap PKR jika dia lansung tak terlibat?
Lagi pun, dah memang genetik Si Ketua Penipu tu sendiri pun kuat menabur fitnah dan buat kerja Haramjadah. Kalau tak percaya, tengok Si Nurul Izzah tu pun cukup la. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi!!!
Maka kesimpulannya, selaku seorang Ketua, Si Ketua Penipu tu yang perlu memikul seluruh tanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka terhadap Si Khalid Ibrahim tu kerana telah menabur fitnah. Ini tidak, dia yang buat taik, Si Siputdin tu pulak yang kena cuci!!!
Jangan seksa papa,, badan papa dah tinggal tulang, dah boleh buat gitar rock kapak. Mama kata sakit kepala buat bantal.
BalasPadam