Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil menafikan spekulasi mengenai tiga orang Menteri Besar akan digugurkan ekoran rombakan kabinet baru pada 28 Julai lalu.
Beliau mengesahkan bahawa ketiga - tiga Menteri Besar yang dilaporkan sebelum ini kekal dengan jawatan masing-masing dan akan terus memimpin negeri sepertimana yang ada pada masa ini.
Sambil menegaskan beliau tidak mahu mendahului Perdana Menteri, Ahmad Zahid berkata tidak akan berlaku rombakan ataupun sebarang pertukaran di mana-mana negeri dan meminta supaya spekulasi mengenainya tidak lagi timbul.
"Saya tidak mahu mendahului Perdana Menteri di dalam perkara ini (mengumumkan kedudukan mereka) tetapi yakinlah bahawa tidak akan berlaku rombakan ataupun sebarang pertukaran di mana-mana negeri dan jangan timbul spekulasi mengenainya.
"Jangan ada perasaan di dalam hati pemimpin berkenaan untuk rasa mereka akan diketepikan," katanya.
Ujarnya, pendirian Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan dan Presiden UMNO adalah jelas bahawa yang penting adalah dokongan daripada semua pihak dan ianya tidak harus terkait dengan sebarang keputusan dalam rombakan kabinet yang lalu kerana ianya membabitkan rombakan di peringkat Nasional.
Beliau mengingatkan kepada semua pemimpin UMNO pelbagai peringkat untuk terus setia dan memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri dan mereka tidak seharusnya bimbang akan kedudukan mereka.
Ahmad Zahid ditemui selepas menghadiri mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Wisma UMNO Hutan Melintang, pada petang Sabtu. Mesyuarat dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Hanya pemimpin umno yg perlu taat pada president..kami rakyat jelata macam mana? Adakah aku pengkhianat pada najib..atau najib menderhaka melanggar sumpah pada ku.
BalasPadamElok ko ganti Najib. ...mungkin negara lebih makmur. ..dan brim ko naikkan 100,000 ringgit satu famili setahun..esok boleh tak?
BalasPadamHahahaha...kelakau abis kou punya komen Ted manoff....mcm ni la anok jate....syabasss!!!
BalasPadamMesyuarat Perwakilan UMNO di Perak ... Perasmian di buat oleh MB Pahang...???
BalasPadamZambry Kadir kat mana..?