Khamis, Ogos 13, 2015

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa kumpulan kecil anggota parti di seluruh negara yang mengumumkan keluar daripada PAS adalah sebagai satu proses pembersihan parti.

Beliau menegaskan tidak risau dengan perkembangan itu kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk parti malah menegaskan PAS menerima lebih banyak permohonan untuk menyertai parti berkenaan.
“Itu (tindakan keluar parti) adalah pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri, bila berlaku banjir … bah, pasir pun berubah.
“Kita tak risau, tak risau … gembira, gembira … keahlian kita kini meningkat, dalam masa sebulan yang lalu, kita telah menerima 4,000 ahli baru yang didaftarkan dan masih ada 2,000 hingga 3,000 yang memohon keahlian tapi belum diproses,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di sini hari ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat.

Sebelum ini beberapa kumpulan anggota PAS peringkat negeri dan cawangan mengambil keputusan meninggalkan parti itu termasuklah Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam Helmi Radzuan dan 12 anggota jawatankuasanya yang meletakkan jawatan kerana mendakwa parti itu semakin “eksklusif”.

Turut melakukan perkara yang sama ialah 12 anggota PAS Cawangan Jelebu, Negeri Sembilan yang mengisytiharkan keluar parti kerana kecewa dengan keputusan pemilihan parti pada Muktamar ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan membuat penyertaan langsung dalam Himpunan Bersih 4.0 dijadual 29 Ogos ini sebaliknya hanya menghantar dua wakil iaitu Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad kerana akan menganjurkan majlis sendiri pada masa akan datang.

Bagaimanapun PAS tidak menghalang mana-mana anggota parti yang mahu menyertai himpunan tersebut dan tiada galakan untuk menyertainya memandangkan PAS bukanlah penganjur bersama seperti pada himpunan Bersih yang diadakan sebelum ini, katanya.

PS: Setidak - tidaknya, yang keluar parti tu semuanya jenis manusia yang ada prinsip dan maruah. Berbeza dengan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pemimpin Geng Haprak Baru tu. Setakat jadi Pengkhianat je yang diorang taunya!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Aji punya telur sebelah greed D sebelah gread C, jin berumah dalam telur C. Mat sabu and my geng mat fizi everyday breakfast telur ayam kampung organik separuh masak campur lendir daun lidah buaya campur kicap tamin tambah serbuk lada putih.roti kulit gandum sapu madu tualang, liana gembira gembira lazatnya. Aji termenung layu.

    BalasPadam
  2. Aji makang ikang masin kepok lekor rebus.

    BalasPadam
  3. Komen kat atas sah mabuk KETUM..

    BalasPadam
  4. sempoi.proses 'pembersihan' dan pas semakin bersih dari gejala2 yg mwmunkinkan akan terpalit pada kekotoran.ikut kacamata pas tentu nal elak perjuanganya dari islam tu terhakis..mcm air lwh hakis batu he he.benda sempoi mcm ni sering disanggah terutama mwreka yg terlibat dan batu api.berlapang dada serta yakin kekuasaan allah( yg menilai amal sesaorang) dapat gak mengembirakan pas dlm memghadapi karenah ghb.
    lagi,sempoi umno kat bn ho ho

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping