Rabu, September 30, 2015

Sekeping gambar yang menunjukkan luka kononnya akibat digigit anjing yang dikongsi oleh Lim Guan Eng, telah menyebabkan beliau menerima kecaman kerana berkongsi gambar berkenaan tanpa mengetahui kesahihannya.

Malah gambar yang dikongsi oleh Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu dipersoalkan ramai terutama aktivis pencinta haiwan kerana luka seperti itu tidak mungkin akibat digigit anjing jalanan, dan jika betul ia digigit anjing kemungkinan ia adalah jenis Rottweiler atau German Shepherd.

Gambar itu kemudiannya dikongsi semula oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dalam Twitternya pada Sabtu. “Ia benar. Mangsa dirawat di Hospital Pulau Pinang selama empat hari dan diberikan vaksin serta immunoglobulin rabies,” kata Sim.

Bagaimanapun, ramai yang tetap menyifatkan perbuatan Guan Eng memuat - naikkan gambar berkenaan sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana tiada kesahihan mengenainya.

Pada masa sama, ia hanya akan menyebabkan penduduk menjadi panik dan bimbang apatah lagi ketika isu penyakit anjing gila kini hangat diperkatakan dengan Pulau Pinang antara negeri yang terlibat.

Malah pencinta haiwan telah meminta supaya individu terbabit agar dapat tampil sendiri dan menjelaskan mengenai gambar luka tersebut yang disebarkan oleh Guan Eng sebelum ini.

Dalam pada itu, seorang doktor di unit kecemasan di Pulau Pinang yang enggan mendedahkan namanya berkata, gigitan anjing tidak akan menyebabkan luka seperti dalam gambar berkenaan.
“Gigitan anjing tidak akan kelihatan seperti ini. Selalu ada beberapa kesan tusukan kecil dan tidak dalam. Jika tidak, ia tentunya telah disebabkan oleh anjing yang besar,” katanya seperti yang dilaporkan The Star.
Guan Eng sebelum ini telah mengarah agar anjing liar di Pulau Pinang dibunuh dalam usaha mengekang penularan penyakit rabies namun mendapat kecaman dan bantahan daripada pencinta haiwan.

Malh sebuah NGO Stop Killing, Start Vaccinating menyeru supaya menghentikan aktiviti pelupusan anjing jalanan seperti yang diarahkan oleh Guan Eng di sekitar Pulau Pinang yang dianggap kejam.

Tapi apa nak heran kalau Si Guan Eng tu nak sebarkan gambar yang tak sahih sedemikian rupa dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat. Mungkin itu je caranya untuk dia untuk menutup kemaluan dia sendiri selepas dimalukan secara terbuka sebelum ini!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. depa buat program pegang anjing, sekarang penyakit anjing gila datang. so islam haramkan pegang anjing adalah sebabnya, tpi masing2 tunjuk pandai, raaskanlah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping