Heh! Sudah menjadi satu perkara yang diketahui umum bahawa kewujudan Geng Haprak Baru yang kini dikenali sebagai Parti Pencacai adalah hasil dari mereka yang kecewa dalam PAS.
Malah mereka yang menjadi pemimpin serta yang sanggup menyertai Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu hanya terdiri dari kalangan mereka yang GAGAL dalam perjuangan.
Bila tak dapat tempat dalam parti, mereka mula menunding jari dan menyalahkan kepimpinan yang didakwa KONONnya meminggirkan golongan Profesional secara menyeluruh.
Walhal, tindakan diorang tu sendiri yang menyebabkan ahli diperingkat akar umbi merasa kecewa kerana melihat mereka lebih setia kepada orang luar dari terus beristiqomah dengan jemaah.
Bagaimana mungkin ahli diperingkat akar umbi dapat menerima pemimpin yang hanya sekadar mendahulukan agenda kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri dari perjuangan parti?
Mustahil bagi pihak ahli diperingkat akar umbi dapat menerima pemimpin yang hanya sekadar tau jadi Pak Angguk Saja kepada orang luar sehingga menggadaikan prinsip dan dasar parti sendiri.
Hakikatnya, mereka yang menyertai Geng Haprak Baru tu tak ubah seperti para Pengkhianat yang sanggup menikam saudara sendiri walaupun ketika berada di medan perang.
Maka sebab itulah kita lihat ramai dikalangan wakil rakyat, sama ada ADUN mahu pun Ahli Parlimen yang merelakan diri mereka dipergunakan oleh orang lain demi mencapai hasrat peribadi mereka.
Jika di Kedah, Pengerusi PASMA-Cai tu dah umum yang dia akan menyertai Geng Haprak Baru Si Mat Sabu tu. Di Terangganu, Raja 'Stadium Runtuh' tu pun sanggup ambik tindakan yang sama.
Di Kelantan, ada Ahli Parlimen yang sedang sibuk berada dalam dilema apabila dia terpaksa mencari 'Cina Buta' untuk mengekalkan perkahwinan dia kerana melanggar sumpah Bai'ah.
Di Perak, memang kita dah lama tau Si Nizar Lilin tu hanya menunggu masa untuk berambus keluar dari parti setelah dia berjaya menjadi Boneka kepada sedara mara dia dalam DAPigs.
Di Selangor tak payah cerita la. Memang banyak sesumpah yang sanggup menjadi Barua kepada orang lain hanya semata - mata untuk memastikan survival Politik Peribadi mereka terus bertahan. Dan di Pahang, tunggu masa je. Pasti akan ada yang ambik tindakan yang sama!!!
Saya pun nampak gambar ADUN tu bersama Mat Sabu di perhimpunan Bersih.
BalasPadamYe ke? Siapa dia? Nak tau jugak siapa.
Padam