Alahai! Kenapa Mufti Perak ni sengaja je nak cari pasal dengan puak - puak Geng Haprak Baru tu ek. Nanti dah tak pasal - pasal je dia pulak yang jadi sasaran puak - puak yang kecewa tu.
Suka - suka hati dia je nak masuk campur dalam urusan Geng Haprak Baru tu. Dah la diorang tengah pening kepala nak mencari Cina Buta untuk menyelamatkan perkahwinan masing - masing.
Semuanya hanya semata - mata kerana sumpah Bai'ah yang telah mereka lakukan sebelum Pilihan Raya Umum serta lafaz taklik untuk menceraikan bini sendiri jika mereka mengkhianati parti.
Tapi, apa boleh buat. Semua ni pun bukan salah orang lain. Sebaliknya salah diorang sendiri. Siapa suruh diorang ghairah sangat jadi Pengkhianat kepada parti? Maka sekarang, diorang kena la tanggung sendiri!!! Berani buat, berani tanggung la!!!
SHAH ALAM: Lafaz cerai taklik talak tiga yang dibuat wakil rakyat Pas Kelantan tidak boleh ditebus dengan kifarah.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan ia berbeza dengan bai’ah (sumpah) kerana lafaz (cerai)taklik tidak mempunyai kifarah.
“Kafarah tidak boleh kerana ta’lik tidak ada kafarah,” ujarnya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Bagaimanapun mengulas mengenai hukum bai’ah dalam Islam, Harussani menjelaskan ia tidak menjadi kesalahan dan boleh digunakan untuk tujuan politik.
Status perkahwinan wakil rakyat Pas Kelantan menjadi isu selepas mereka melafazkan taklik cerai talak tiga sekiranya bertindak melompat keluar daripada parti itu.
Ia timbul selepas Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli memutuskan menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
Susulan itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihati wakil rakyat PAS negeri itu yang merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.