Khamis, September 03, 2015

Heh! Lama tak baca artikel yang dikeluarkan melalui blog Gelagat Anwar ni. Sekali sekala bila laman blog tu keluarkan artikel, memang boleh buat kita berfikir tentang realiti keadaan semasa.

Sebagai contoh, artikel yang disiarkan hari ini bertajuk 'Game Changer - Chegubard?'. Artikel tersebut saja je diberikan tajuk dengan tanda tanya sedemikian rupa supaya kita berfikir.

Mampu ke seorang manusia dari kalangan puak - puak Haramjadah seperti Si Chagubard tu nak jadi Pencetus kepada perubahan permainan Politik pada ketika ini, terutama sekali di Selangor?

Boleh ke dia jadi katalis bagi memudahkan kerja untuk merampas kembali pentadbiran Negeri Selangor dari pemerintahan Rejim Pakatan yang diketuai oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu?

Persoalan yang dibangkitkan memang ada benarnya. Sedangkan sebelum ini pun, Si Ezam Mohamad Noor tu pun takde memberikan sebarang faedah kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Hakikatnya, Si Chagubard tu hanya sekadar meluahkan rasa dendam dia terhadap Si Menteri Besar Cap Ayam tu. "Rivalry" diantara mereka berdua memang sudah menjadi satu Rahsia Umum.

Realitinya, Si Chagubard tu berbicara atas pentas dendam kesumat yang selama ini membungkam didalam benak sanubari dia sejak sebelum pemilihan PKR diadakan sebelum ini.

Namun hasrat untuk membongkarkan segala kelemahan dan kepincangan dalam pentadbiran Rejim Pakatan tu di Selangor masih boleh kita terima walaupun ianya atas dasar dendam kesumat semata - mata.

Natijahnya, perkara sedemikian bukannya benda baru dalam dunia Politik. Benda tu dah lama diaplikasikan. Bahkan peribahasa orang putih pun ada kata, "The Enemy of My Enemy is My Friend".

Malah, perkara sama jugak telah dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu terhadap Tun Dr. Mahathir. Mereka menerima komen negatif Tun terhadap kepimpinan Negara dengan tangan yang terbuka.

Walhal sebelum ini, diorang la yang paling kuat menghamburkan sumpah seranah dan memaki hamun Tun Dr. Mahathir dengan pelbagai gelaran termasuk melabelkan Tun sebagai Maha Zalim dan Maha Firaun!

Begitu juga dengan DAPigs yang dilihat berjaya memanipulasikan pemimpin - pemimpin PAS untuk memecah-belahkan parti tersebut dari dalam dengan sogokan duniawi demi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.

Pokok pangkalnya, Politik hari ini diamalkan oleh semua pihak dengan cara yang Tidak Beretika. Sedangkan yang tabur fitnah terhadap calon lawan pun boleh jadi Ahli Parlimen. Inikan pulak nak mempergunakan musuh untuk serang musuh. Lagi la diorang tak pelik!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Umno +pas dan mic + khalid + xpkr _rafizi

    BalasPadam
  2. Semut Hitam,kau tak layak memperlekehkan Cegu Bard,kerana beliau lebih di kenali jika di bandingkan dgn sdr.Sdr tak boleh buat congakan ke ,saat ini Umno sangat mengaharapkan bantuan dari sesiapa saja utk survive,sama macam Mahathir yg terpasa jilat ludah utk terus jadi relevent.

    BalasPadam
  3. chegubard takat takluk tabika buleh arr.. pirahh jnis xdak teloq mamat jnih ni.. org sergah dia ckit trus lesap, jnih bapok senandong chegubard nih...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping